Utusan Borneo (Sarawak)

Betong FA sedia ‘bertempur’

Pemain diseru beri saingan sengit pada aksi Piala Sarawak

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Betong (BDFA) Abang Soehardi Abang Zaini menyeru pemain yang bakal menggalas cabaran Betong FA dalam kejohanan Piala Sarawak terus bangkit dan memberi saingan sengit kepada kuasa bola sepak negeri ini.

“Saya memberi keyakinan padu kepada barisan yang dipilih menggalas cabaran pasukan ke kejohanan kali ini meskipun hanya dibentuk dalam masa yang singkat,” katanya.

“BDFA juga percaya setiap pemain yang dipilih adalah berdasarka­n keupayaan masing- masing yang berjaya menunjukka­n prestasi membanggak­an pada saingan Liga Betong LSC dan Piala Timbalan Ketua Menteri yang lalu.

“Kita tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana tidak mahu memberi tekanan

Saya memberi keyakinan padu kepada barisan yang dipilih menggalas cabaran pasukan ke kejohanan kali ini meskipun hanya dibentuk dalam masa yang singkat. Abang Soehardi Abang Zaini Timbalan Presiden BDFA

kepada pemain, tetapi berilah persembaha­n terbaik dan janganlah mempersia-siakan peluang yang diberi.

“Berjuang sebagai satu pasukan dan dalam satu matlamat yang sama untuk membentuk pasukan yang mantap dan paling penting disegani lawan,” katanya ketika meniup kata- kata semangat kepada pasukan Betong FA pada satu majlis di Cafe Dapur TTE dekat sini semalam.

Soehardie turut menambah, seluruh kepimpinan BDFA amat memberi kepercayaa­n kepada pengurusan pasukan Betong FA untuk membawa pasukan berjaya bersaing ke peringkat lebih jauh pada kejohanan kali ini.

“Kita pernah membuktika­n pada kejohanan yang lalu telah berjaya membawa pasukan Piala Belia Betong sehingga ke final. Jika pemain sentiasa komited, tidak mustahil mereka akan membawa kejayaan kepada pasukan.

Dalam perkembang­an yang sama beliau yang juga naib presiden Persatuan Bolasepak Sarawak ( FAS) menyeru kepada pemain yang mewakili bahagian masingmasi­ng dalam pertanding­an ini, bermain bersungguh­sungguh dan menunjukka­n prestasi yang tinggi.

Beliau yang memegang folio Pembanguna­n Bola Sepak Sarawak juga bertindak men- cari bakat baharu bagi diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

“Mohon setiap pemain beri kerjasama yang jitu untuk kita melahirkan bakat muda yang bakal menggalas cabaran Sarawak.

“Janganlah ambil mudah jika diberi peluang menyarung jersi Sarawak, tunjukkan semangat dan rebutlah peluang yang ada,” katanya.

Turut hadir Setiausaha BDFA merangkap Pengurus Pasukan Betong FA Saiful Hanizam Suhaini, Bendahari BDFA Saleman Senin, Ketua Jurulatih Mohamad Zaidol Mohamad Zain serta barisan exco BDFA dan pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia