Utusan Borneo (Sarawak)

Thiem berhempas pulas teruskan kemaraan, Carreno Busta tersingkir

-

PARIS, Perancis: Pemain pilihan kelima dari Austria, Dominic Thiem, dipaksa berhempas- pulas untuk melangkah ke pusingan 16 akhir kejohanan Siri Master Paris dengan menewaskan Peter Gojowczyk dari Jerman 6- 4, 6- 7( 3/ 7) dan 6- 4.

Thiem, 24, menempah pertemuan pusingan ketiga menentang sama ada Fernando Verdasco atau Kevin Anderson.

Pada set pertama yang sengit, Thiem mempamerka­n aksi lebih meyakinkan pada lewat permainan tetapi Gojowczky meningkatk­an permainan pada set kedua dan membawa permainan ke tiebreak sebelum mengikat kedudukan 1- 1.

Gojowczky mengekalka­n rentak yang sama pada set penentuan tetapi Thiem mempamerka­n aksi lebih baik sebelum menang untuk meneruskan kemaraan.

Pada perlawanan lain, Pablo Carreno Busta tewas mengejut kepada pemain wildcard tuan rumah, Nicolas Mahut untuk membuka peluang kelayakan ke kejohanan akhir musim, Final Jelajah Dunia di London.

Busta ketika ini menduduki tangga kelapan dan slot terakhir ke- layakan kejohanan di London tetapi kekalahann­ya memberikan peluang kepada Anderson dan Juan Martin del Potro untuk memburu tempat.

Del Potro akan menentang Joao Sousa pada perlawanan pertamanya di pusingan kedua selepas menerima laluan percuma di pusingan pertama.

Anderson, yang tewas di final kepada Rafael Nadal di Terbuka Amerika, perlu melangkah sekurangku­rangnya ke suku akhir untuk menghidupk­an peluang layak ke London.

Impian Sam Querrey ke London berakhir selepas tewas 6- 4 dan 6- 4 kepada Filip Krajinovic. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Thiem membalas servis kencang Gojowczyk pada aksi di Paris, perancis Selasa lepas.
— Gambar AFP TANGKAS: Thiem membalas servis kencang Gojowczyk pada aksi di Paris, perancis Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia