Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak bakal kehilangan trio bintang muda musim depan

-

KUCHING: Sarawak bakal kehilangan trio bintang muda, Nur Shamie Iszuan Amin, Tommy Mawat dan Shreen Tambi yang mengambil keputusan berhijrah menyertai pasukan PJ Rangers FC pada musim depan.

Penghijrah­an ketiga- tiga pemain menyertai pasukan bersaing dalam Liga FAM itu diakui sendiri oleh Shamie ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Ditanya mengapa memilih pasukan yang bersaing dalam liga divisyen tiga, Shamie menjawab beliau teruja dengan perancanga­n besar PJ Rangers FC dan mahu mencapai kejayaan bersama pasukan itu.

“Saya turut menerima tawaran daripada pasukan Selangor. Namun saya memilih PJ Rangers FC kerana pasukan itu serius memerlukan khidmat saya untuk membentuk pasukan mantap bagi memburu kejuaraan Liga FAM.

“Tambahan lagi, saya memang berhasrat mencari pengalaman baharu dengan pasukan luar,” jelas penyerang lincah berusia 22 tahun itu.

Keyakinan Shamie terhadap PJ Rangers FC yang dahulunya dikenali sebagai AirAsia FC semakin melonjak selepas mendapat tahu ramai rakan sepasukann­ya ketika bersama pasukan Harimau Muda dan Sukan SEA termasuk Tommy dan Shreen menyertai pasukan sama.

Pemain kebangsaan itu menjelaska­n lagi, dia telah menyuaraka­n hasratnya untuk berhijrah kepada pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) baru-baru ini.

“Sarawak dan Selangor turut memberi tawaran menarik kepada saya. Namun saya memilih PJ Rangers FC kerana mahu membantu pasukan itu merangkul kejuaraan.

“Apa pun, terima kasih kepada FAS kerana memberi saya peluang bermain dengan pasukan Sarawak. Tanpa peluang ini, saya tidak akan berada di kedudukan ini dan dikenali oleh pasukan-pasukan luar,” ujar Shamie sambil tidak menolak kemungkina­n akan kembali menyertai Sarawak suatu hari nanti.

Sementara itu, Utusan Borneo masih gagal mendapatka­n penjelasan daripada Tommy dan Shreen mengenai isu perpindaha­n mereka.

Presiden FAS Datuk Posa Majais semalam mengambil keputusan menamatkan kontrak kesemua pemain import sedia ada kerana mahu menggunaka­n 100 peratus khidmat pemain tempatan pada musim depan.

Sarawak mempunyai tujuh pemain import asing dan tempatan iaitu Mateo Roskam, Demerson Bruno Costa, Sahil Suhaimi, Milos Raickovic, Shahril Saari, Ronny Harun dan Ramesh Lai Ban Huat.

 ??  ?? NUR SHAMIE TOMMY SHREEN TAMBI
NUR SHAMIE TOMMY SHREEN TAMBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia