Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Malam

- Oleh Watt Zacchaeus

PASAR Malam Sibu Jaya telah memulakan operasi pertamanya, Sabtu lalu.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Robert Lau Hui Yew telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menerajui pasar ini bagi menjadi satu lagi daya tarikan kepada bandar baharu itu.

Dengan komitmen yang diberikan itu, beliau tidak mengira panas dan hujan telah bekerjasam­a untuk mengangkat peralatan kanopi bersama-sama dengan penjaja di situ sejak dari waktu petangnya.

Lau yang menjadi penggerak utama di sebalik inisiatif MDLBS untuk menyediaka­n tempat menjana pendapatan rakyat itu, dilihat seawal jam 2 petang lagi sudah mengkoordi­nasikan kanopi di tapak pasar malam itu dan berkampung di situ sehingga jam 11 malam, Sabtu lalu.

Beliau turut berada di situ bagi melihat proses sambutan penduduk terhadap pasar malam itu di samping turut beramah mesra dengan para penjaja.

“Kita semua tahu bahawa sebagai permulaann­ya ia agak penuh dengan cabarancab­aran yang serius. Bersama dengan rakanrakan MDLBS yang lain, kami berada di lokasi untuk menyelesai­kan sebarang cabaran yang timbul,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Malam Sibu Jaya, Sabtu lalu.

Menurutnya, tidak adil untuk membiarkan segala-galanya kepada rakan-rakan yang lain dan membiarkan mereka dibebani sebarang masalah,” katanya.

Mengenai pasar malam ini, Lau berkata, MDLBS telah memutuskan sebagai permulaann­ya ia hanya akan beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Apabila ia mendapat sambutan yang menggalakk­an kelak, kita boleh bekerjasam­a untuk melanjutka­n masa, tempoh dan hari operasinya,” katanya.

Sementara itu, beliau mendedahka­n bahawa beliau kini sedang berbincang dengan pemaju induk Sibu Jaya mengenai bagaimana mereka semua boleh bekerjasam­a untuk mempromosi­kan pasar malam tersebut.

“Pada masa ini, kami sedang memikirkan beberapa aktiviti seperti acara ‘busking’ atau persembaha­n dari artis popular bagi menghiburk­an para pengunjung di sekitar kawasan ini.

“Kami juga membincang­kan kemungkina­n mewujudkan gerai bagi menjual serta membeli barangan unik,” jelasnya lagi.

Tambah Lau, segala usaha ini adalah semata-mata untuk memastikan para penjaja mempunyai platform untuk memperoleh pendapatan tambahan.

Sebanyak 100 gerai telah didirikan di tapak pasar malam itu yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang merangkumi makanan barbeku, kuih-muih, komestik dan sebagainya.

Sehubungan itu, Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai berkata, pasar malam itu yang baharu beroperasi Sabtu lalu turut mendapat sambutan yang menggalakk­an meskipun hari hujan.

“MDLBS berharap Pasar Malam Sibu Jaya ini berupaya menjadi tarikan baharu khususnya di bandar Sibu.

“Ia juga berpotensi menjadi ikon kepada Sibu Jaya dengan tapak dan keadaan sekeliling­nya dihiasi dengan cahaya berwarna-warni dan kanopi disusun dengan begitu cantik sekali.

“Bagi saya, ini merupakan satu pencapaian bagi MDLBS bersama-sama dengan ahli majlisnya yang komited menjadikan bandar Sibu Jaya sebagai sebuah bandar yang meriah dan moden,” katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai Pasar Malam Sibu Jaya, Sabtu lalu.

Menurutnya, dengan adanya pasar malam ini MDLBS berharap ini akan membantu penduduk tempatan Sibu Jaya mempunyai tempat untuk menjana pendapatan sosioekono­mi mereka seperti yang dinyatakan dalam ‘Local Result Area Key Areas’ atau LKRA pihak berkuasa tempatan.

“Saya amat berterima kasih kepada Lau dan Jurutera MDLBS Daniel Goh Thiam Ho kerana bersemanga­t untuk memastikan pasaran malam ini menjadi kenyataan dan ia kini berjaya didirikan.

“Kredit juga mesti diberikan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Profesor Dr Sim Kui Hian atas sokonganny­a untuk merealisas­ikan pasar malam ini,” katanya lagi.

Sempurai berpendapa­t, Pasar Malam Sibu Jaya ini akan menjadi penanda aras dari segi pandangan, warna dan pencahayaa­n.

“Lebih banyak produk yang ditawarkan di pasar malam ini pada masa akan datang berupaya akan menjadi tarikan utama.

“Saya menggesa penduduk di sekitar bandar Sibu dan Sibu Jaya supaya tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pasar Malam Sibu Jaya yang baharu ini,” tambahnya lagi.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Lau (tengah) ketika bersama pelanggan dan penjaja pada hari pertama Pasar Malam Sibu Jaya yang beroperasi Sabtu lalu.
TERBAIK: Lau (tengah) ketika bersama pelanggan dan penjaja pada hari pertama Pasar Malam Sibu Jaya yang beroperasi Sabtu lalu.
 ??  ?? MACAM-MACAM ADA: Lau (dua kanan) ketika memilih makanan yang dijual di Pasar Malam Sibu Jaya.
MACAM-MACAM ADA: Lau (dua kanan) ketika memilih makanan yang dijual di Pasar Malam Sibu Jaya.
 ??  ?? JOM: Lau (empat kiri) menunjukka­n barangan yang dijual di Pasar Malam Sibu Jaya.
JOM: Lau (empat kiri) menunjukka­n barangan yang dijual di Pasar Malam Sibu Jaya.
 ??  ?? ENAK: Lau (kanan) menunjukka­n kuih-muih yang terdapat di Pasar Malam Sibu Jaya.
ENAK: Lau (kanan) menunjukka­n kuih-muih yang terdapat di Pasar Malam Sibu Jaya.
 ??  ?? UNIK: Ruangan tengah yang mencukupi amat memudahkan pengunjung berjalan ke tapak Pasar Malam Sibu Jaya.
UNIK: Ruangan tengah yang mencukupi amat memudahkan pengunjung berjalan ke tapak Pasar Malam Sibu Jaya.
 ??  ?? TAPAK EKONOMI: Antara penjaja yang terlibat berniaga di Pasar Malam Sibu Jaya.
TAPAK EKONOMI: Antara penjaja yang terlibat berniaga di Pasar Malam Sibu Jaya.
 ??  ?? CANTIK: Susun atur serta pencahayaa­n di tapak Pasar Malam Sibu Jaya.
CANTIK: Susun atur serta pencahayaa­n di tapak Pasar Malam Sibu Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia