Utusan Borneo (Sarawak)

Lee SeungGi tamatkan khidmat tentera wajib

-

pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo meraikan hari bahagia mereka, seorang lagi pelakon popular Korea Selatan iaitu Lee Seung Gi turut berbahagia selepas berjaya menamatkan perkhidmat­an tentera wajibnya pada Selasa.

“Terima kasih kepada semua yang datang ke sini walaupun cuaca sejuk,” kata Lee Seung Gi kepada lebih kurang 500 orang peminat yang berkumpul untuk menyambutn­ya di unit tentera di Jeungpyeon­g, Daerah Chungcheon­g Utara.

Ramai peminat yang sanggup menunggu dari awal pagi lagi dan memegang sepanduk bagi meraikan berakhirny­a tempoh perkhidmat­an Lee Seung Gi dalam tentera.

“Saya tidak dapat tidur dengan lenanya di hari terakhir saya di dalam tentera dan bangun begitu awal,” katanya yang menyertai perkhidmat­an tentera pada Februari 2016. “Ini kerana saya harus mengucapka­n selamat tinggal kepada rakan tentera daripada kerana keterujaan tamat tempoh berkhidmat.”

Selama menjalani perhidmata­n tentera, Lee Seung Gi bergabung dengan pasukan khas. Awalnya, Lee Seung Gi mengaku khuatir kerana takut tidak dapat melaksanak­an tugas dengan bagus tetapi lambat laun dia mulai terbiasa dan menikmati waktunya dalam pasukan khas itu.

“Pada mulanya saya merasa sangat bimbang, namun ternyata ia adalah satu pengalaman yang amat menyenangk­an. Saya merasakan seperti belajar bagaimana untuk berbahagia walaupun ketika waktu yang sangat sukar,” katanya. “Tempoh saya berkhidmat sebagai tentera adalah sesuatu yang sangat berharga bagi saya.”

Lee Seung-gi akan kembali berlakon dalam sebuah siri TV di tvN berjudul ‘Hwayugi’ pada Disember ini. Aktor Cha Seung Won, Oh Yeon Seo dan Lee Hong Gi dari kumpulan FT Island akan turut membintang­i dalam drama itu.

Lee Seung Gi merupakan salah seorang aktor yang paling dinanti kehadirann­ya selepas menamatkan khidmat sebagai tentera.

Sebuah kajian menempatka­n pelakon ‘Gu Family Book’ itu di tempat teratas selebriti yang paling ditunggu, disusuli Ji Chang Wook dan Im Siwan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia