Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen tanam 1 juta pokok seluruh Sabah

-

KOTA KINABALU: Kempen 1 Hati 1 Pokok dijangka akan mencapai sasaran penanaman satu juta pokok di seluruh Sabah menjelang akhir tahun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Arshad berkata, usaha itu kini sudah mencapai 90 peratus sejak ia dilancarka­n awal tahun ini.

“Kini kita hanya memerlukan sejumlah 41,046 pokok untuk ditanam bagi mencapai objektif yang disasarkan.

“Kempen yang dilaksanak­an dalam sekolah ini juga menggalakk­an pelajar untuk menyertai kita bagi memulihara alam sekitar,” katanya ketika merasmikan Kempen 1 Hati 1 Pokok di Sekolah Kebangsaan St Francis Convent (M), di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kini muridmurid harus sebarkan mesej yang disampaika­n menerusi kempen ini kepada keluarga, rakan dan saudara masingmasi­ng.

Katanya, murid-murid turut digalakkan menyertai kempen itu dengan ‘satu pelajar, satu pokok’.

“Saya percaya kempen ini mampu memelihara alam sekitar di bumi untuk generasi masa depan.

“Seperti yang anda sedia maklum, tumbuh- tumbu- han menyumbang kepada persekitar­an kehidupan kita dengan menghasilk­an oksigen, meningkatk­an kualiti udara, memulihara air, tanah dan menyokong habitat kehidupan liar,” katanya.

Oleh itu katanya, usaha memulihara alam sekitar adalah tanggungja­wab bersama dan kempen kesedaran itu perlu bermula dari bangku sekolah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Guru Besar SK St Francis Convent Dora Loi, Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah St Francis Convent Mary Gomez serta Uskup Agung Kota Kinabalu Datuk John Wong dan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia