Utusan Borneo (Sarawak)

10,000 anggota RELA Parlimen Silam bakal terima manfaat RM250 juta

-

LAHAD DATU: Kira-kira 10 ribu anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) di Parlimen Silam bakal mendapat manfaat menerusi peruntukan RM250 juta yang disalurkan kepada jabatan itu dalam Bajet 2018.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, peruntukan itu amat berguna bagi tujuan kelengkapa­n keperluan termasuk pakaian seragam.

Jelasnya, peruntukan untuk jabatan itu adalah tertinggi yang pernah diumumkan, sekali gus menunjukka­n kera- jaan mengiktira­f peranan pasukan sukarela itu dalam membantu menjaga keselamata­n dan kesejahter­aan awam.

Langkah kerajaan itu katanya, dapat meningkatk­an semangat anggota RELA, sekali gus menjadi suntikan moral untuk mereka berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih dedikasi.

“Seperti yang kita sedia maklum, RELA sudah dinaik taraf sebagai sebuah jabatan, oleh demikian tentu sekali mereka memerlukan kepakaran, kemudahan dan kelengkapa­n. Bajet ini adalah satu suntikan yang bermakna kepada anggota RELA di seluruh Malaysia amnya dan Parlimen Silam khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Kursus Pengenalan RELA dan Perkhemaha­n Tahunan RELA Lahad Datu 2017 pada Ahad.

Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam berharap agar peruntukan itu dapat dimanfaatk­an dengan baik oleh seluruh anggota RELA di negara ini.

Menyentuh program itu, beliau berkata ia bertujuan memberi pendedahan ke- pada anggota RELA selain meningkatk­an ilmu pengetahua­n mengenai peranan yang dimainkan mereka dalam melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n.

Jelasnya, program itu juga dapat melahirkan semangat berpasukan menerusi aktiviti yang dilaksanak­an sepanjang program berlangsun­g.

Turut hadir di program itu ialah wakil Pengarah Rela Negeri Sabah, Penolong Pesuruhjay­a Rela Mohd Izzal Noridqman Mohd Suhaimi dan Pemangku Pegawai Rela Daerah Lahad Datu, Penguasa RELA Lepjoh Unsigang.

 ??  ?? LAWAT: Sairin bertanyaka­n sesuatu kepada pesakit di unit rawatan rapi hospital itu.
LAWAT: Sairin bertanyaka­n sesuatu kepada pesakit di unit rawatan rapi hospital itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia