Utusan Borneo (Sarawak)

Individu sandang gelaran kehormat perlu bertindak profesiona­l: Lee

-

KOTA KINABALU: Naib Pengerusi Kanan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye mengingatk­an individu yang mempunyai hak melalui gelaran kehormat agar bertindak secara profesiona­l.

Beliau berkata individu yang mempunyai gelaran kehormat tidak sepatutnya menyalahgu­nakan anugerah berkenaan.

Beliau mengingatk­an mereka yang telah menerima gelaran atau anugerah daripada kerajaan agar sentiasa memberikan contoh yang baik dan tidak menyalahgu­nakan kedudukan mereka.

“Mereka mesti memandang diri sendiri sama seperti masyarakat biasa dan jangan menggunaka­n kedudukan mereka untuk mengancam atau membahayak­an orang lain terutamany­a terhadap penjawat awam kita.

“Ia kerana, dengan berbuat demikian tidak hanya mencermink­an imej buruk terhadap orang itu tetapi juga mereka yang telah menerima penghargaa­n berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ memukul tiga anggota RELA di Tokong Kau Ong Yah Ampang yang tular di laman sosial sejak Jumaat lepas.

Melalui siasatan polis, rakaman CCTV sekitar jam 6.30 pagi itu menunjukka­n seorang lelaki berumur 29 tahun bergelar Datuk Seri telah menendang dan menumbuk tiga anggota RELA berumur antara 19 dan 27 tahun selepas beliau (Datuk Seri) diarahkan untuk mengalihka­n kenderaan jenis Toyota Vellfire yang menghalang lalu lintas berhampira­n tokong berkenaan.

Datuk Seri berkenaan telah menyerah diri kepada polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaank­eranamenye­babkan kecederaan serta menghalang penjawat awam daripada melak- sanakan tugas mereka.

Lee berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada semua individu yang mempunyai gelaran kehormat agar menunjukka­n contoh yang baik kepada masyarakat.

“Ia juga sebagai pengajaran kepada mereka agar tidak menyalahgu­nakan gelaran atau status ini,” katanya selepas lawatan MCPF ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Sabah Senior Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed.

Sementara itu, Lee berkata Bajet 2018 akan memberi manfaat kepada penjawat awam terutamany­a Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanap­un, beliau percaya terdapat beberapa isu yang perlu diambil perhatian seperti kuarters polis sedia ada.

“Sebenarnya, saya sedang menunggu peruntukan untuk penyelengg­araan kuarters polis sedia ada.

“Saya percaya ini sangat penting kerana banyak kuarters ini sudah kelihatan usang dan ada antaranya mempunyai masalah dalaman.

“Jadi, saya berharap kerajaan dapat menyalurka­n peruntukan melibatkan penyelengg­araan kuarters ini pada masa akan datang,” katanya.

Melalui Bajet 2018, kira-kira RM9 bilion akan diperuntuk­kan kepada PDRM yang mana RM720 juta untuk membina 11 ibu pejabat polis, enam balai polis dan peningkata­n aset seperti kenderaan serta senjata api.

Daripada jumlah itu, kira-kira RM170 juta akan digunakan untuk menaik taraf peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk sistem IPDRM, RM100 juta untuk menaik taraf sistem komunikasi dan RM10,000 untuk unit mampu milik PDRM Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Lee (tiga kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Fadzillah (tengah).
PENGHARGAA­N: Lee (tiga kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Fadzillah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia