Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan Thalys 2015, dua lelaki didakwa

-

BRUSSELS: Belgium kelmarin mendakwa dua lelaki atas serangan pada 2015 di dalam kereta api berkelajua­n tinggi dalam perjalanan ke Paris di mana seorang ekstremis kumpulan Islamic State telah menembak dan mencederak­an secara serius seorang penumpang sebelum berjaya dihalang.

Kedua- dua lelaki itu, disyaki membantu penyerang Maghribi Ayoub El Khazzani, didakwa dengan penglibata­n dalam aktiviti bagi kumpulan pengganas, menurut pendakwa raya Belgium.

Mereka antara empat lelaki yang ditahan pada Isnin sebagai sebahagian siasatan mengenai kejadian pada Ogos 2015, yang hampir menjadi pertumpaha­n darah sekiranya tanpa tindakan pantas penumpang lain termasuk dua anggota tentera AS yang tidak bertugas, yang sempat menghalang Khazzani yang bersenjata berat ketika dia melepaskan tembakan.

Pendakwa raya mengenal pasti kedua- dua mereka sebagai Mohamed B., dilahirkan 10 April, 1987 dan Youssef S., dilahirkan pada 29 Ogos, 1988, kedua-duanya adalah rakyat Belgium.

Penyerang T hal y s Khazzani, rakyat Maghribi yang berjuang bagi IS di Syria, telah memberitah­u pihak penyiasat bahawa dia bertindak di atas arahan Abdelhamid Abaaoud, salah seorang perancang serangan Paris, yang dia telah temui di negara Timur Tengah yang dilanda peperangan.

Pihak pendakwa raya menyatakan tiada bahan letupan mahupun senjata telah ditemui semasa serbuan pada Isnin, salah satu darinya di daerah Molenbeek di Brussels.

Daerah tersebut telah menjadi terkenal sebagai sebuah kawasan panas bagi pejuang jihad selepas serangan di bandar utama Perancis dan Belgium.

Dua lagi lelaki yang telah ditangkap pada Isnin minggu lepas telah dibebaskan selepas soal siasat terperinci, menurut pihak pendakwa raya tempatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia