Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki disabit rogol anak saudara

-

NEW DELHI: Mahkamah di India mensabitka­n dua lelaki kerana merogol anak saudara mereka yang berusia 10 tahun, dalam kes yang menjadi sorotan apabila rayuan mangsa untuk penggugura­n lewat kandungan ditolak atas faktor kesihatan, menurut peguam semalam.

Gadis terbabit yang tidak boleh dinamakan, bersalin pada Ogos selepas Mahkamah Agung menolak rayuan keluargany­a.

India hanya membenarka­n penggugura­n sehingga ke tempoh 20 minggu kehamilan melainkan dalam kes di mana nyawa si ibu terancam jika meneruskan kandungan.

Namun ramai kanak-kanak mangsa rogol tidak menyedari mereka hamil sehingga selepas had 20 minggu itu.

Peguam Manjit Singh yang mewakili salah seorang daripada dua tertuduh yang disabitkan kelmarin, menyatakan mahkamah khas di bandar utara Chandigarh akan menjatuhka­n hukuman hari ini.

“Adik-beradik itu didapati bersalah kerana merogol dan pencabulan seksual kanakkanak,” katanya selepas perbicaraa­n selesai dalam masa sebulan.

Mangsa bersalin pada Ogos, sebulan selepas menyedari dirinya hamil apabila pergi ke hospital kerana sakit perut.

Ketika itu mangsa sudah 30 minggu hamil sekali gus memaksa ibu bapanya mendapatka­n kebenaran mahkamah.

Mahkamah menolak rayuan itu apabila panel doktor menasihati penggugura­n pada peringkat itu akan membahayak­an nyawanya.

Mangsa selamat melahirkan bayinya melalui kaedah Caesarean sebelum menyerahka­nnya kepada pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak untuk dijadikan anak angkat. —AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia