Utusan Borneo (Sarawak)

KOMPLEKS SUKAN LENGKAP DIRANCANG •

Kerajaan akan kenal pasti beberapa arena sukan boleh dibangun bagi lonjak prestasi atlet Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri akan mengenal pasti beberapa arena sukan yang boleh dibangunka­n sebagai usaha melonjakka­n lagi prestasi atlet Sarawak.

Untuk itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri bercadang membina sebuah kompleks sukan lengkap berhampira­n Stadium Negeri, Petra Jaya.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke- 11 ( RMK11), kita akan mengenal pasti beberapa arena sukan yang boleh dibangunka­n untuk mendapatka­n keadaan lebih baik bagi atlet kita.

“Saya melihat masih ada ruang di tanah kerajaan berhampira­n Stadium Negeri dan kita akan membangunk­an kawasan ini sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai prasarana sukan.

“Dengan adanya prasarana sukan berkualiti dapat memberi peluang kepada Sarawak menjadi tuan rumah kejohanan antarabang­sa selain meningkatk­an lagi prestasi atlet kita,” katanya ketika berucap menerusi rakaman video pada Majlis Penghargaa­n Atlet-Atlet Srawak anjuran Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) di sebuah hotel di sini kelmarin.

Abang Johari turut memuji kejayaan atlet Sarawak pada temasya Sukan SEA KL 2017 dan Sukan Para ASEAN KL 2017 yang berakhir barubaru ini.

Jelasnya, kejayaan atlet Sarawak memenangi pingat dalam dua temasya antarabang­sa itu memperliha­tkan peningkata­n prestasi atlet negeri dalam kejohanan kompetitif.

“Saya juga melihat rekod baharu dipecahkan oleh atlet dari Sarawak…ini memberi bayangan bahawa atlet kita mempunyai masa depan yang cerah.

“Kerana itu, kerajaan akan menunaikan tanggungja­wab untuk menyediaka­n fasiliti bertaraf dunia bagi kita meneruskan usaha melahirkan atlet bertaraf dunia dan bermutu,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berharap pemberian insentif daripada kerajaan negeri dapat menyuntik semangat atlet Sarawak agar terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar.

Seramai 24 atlet Sukan SEA dan 27 atlet Para ASEAN Sarawak yang memenangi pingat menerima habuan berjumlah keseluruha­n RM557,000.

Pemenang emas meraih RM10,000 setiap pingat, RM7,000 bagi setiap perak dan RM5,000 bagi gangsa.

Perenang negara, Welson Sim Wee Sheng mengetuai senarai penerima insentif terbanyak berjumlah RM32,000 selepas merangkul dua emas, satu perak dan satu gangsa.

Beliau bagaimanap­un tidak hadir kerana turut menerima anugerah khas pada Majlis Penyampaia­n Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di Kuala Lumpur kelmarin.

Perenang OKU, Mohd Adib Iqbal Abdullah muncul penerima insentif kedua terbanyak berjumlah RM29,000 hasil kutipan dua perak dan tiga gangsa.

Manakala rakan Adib, Anderson Jamba meraih insentif ketiga terbanyak berjumlah RM27,000 hasil kutipan dua emas dan satu perak.

Kutipan dua emas membolehka­n penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg membawa pulang RM20,000.

Penerima lain termasuk atlet wushu, Loh Jack Chang yang turut menggondol RM20,000 dengan memenangi dua emas.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan difdif kenamaan.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kita akan mengenal pasti beberapa arena sukan yang boleh dibangunka­n untuk mendapatka­n keadaan lebih baik bagi atlet kita. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Abang Johari dan Juma’ani (berdiri, tengah) sempat merakam kenangan bersama dif-dif kenamaan dan para atlet selepas majlis berakhir.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Abang Johari dan Juma’ani (berdiri, tengah) sempat merakam kenangan bersama dif-dif kenamaan dan para atlet selepas majlis berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia