Utusan Borneo (Sarawak)

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR LORI

-

KUCHING: Seorang jurujual kereta maut selepas dilanggar sebuah lori ketika cuba memotong dari bahagian kiri di Jalan Batu Kitang, di sini semalam.

Mangsa Hairil Effandi Mohd Fadzil berusia 31 tahun, semasa kejadian dikatakan menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya sekitar jam 11.40 pagi.

Bagaimanap­un, setiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikaln­ya ketika cuba memotong lori berkenaan disebabkan keadaan jalan tidak rata (berbatu kecil) menyebabka­n dia terjatuh dan dilanggar lori tersebut.

“Mangsa dikatakan cuba memotong dari sebelah kiri dan dipercayai terjatuh di bawah lori tersebut diebabkan keadaan jalan yang berbatu,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang hadir di lokasi kejadian.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala dan telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Manakala pemandu lori yang berusia 37 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian tersebut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia