Utusan Borneo (Sarawak)

SEKOLAH DIANCAM HAKISAN

170 murid SK Bedengan terancam, hakisan semakin hampiri kawasan sekolah.

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Sekitar 170 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bedengan di sini terancam apabila ombak kuat menghempas pantai dan hakisan semakin menghampir­i kawasan sekolah.

Hakisan dipercayai semakin teruk pada waktu pagi ketika ombak terus menghakis tebing sehingga menghampir­i kira-kira 100 meter dari asrama murid.

Menurut salah seorang saksi yang enggan namanya disiar, keadaan tersebut begitu membimbang­kan atas faktor risiko keselamata­n murid.

"Kita tidak mahu perkara lebih buruk berlaku atau kesudahan tidak diingini menimpa," katanya kepada Utusan Borneo.

Oleh itu, tindakan segera harus diambil bagi mengatasi masalah dan demi keselamata­n murid serta warga SK Bedengan.

Pegawai Pendidikan Daerah Mukah Bugin Rangoon ketika dihubungi petang semalam, memberitah­u bahawa sekolah dimaksudka­n masih lagi beroperasi.

"Sekolah tidak ditutup dan ia masih lagi beroperasi seperti biasa setakat ini," katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau menjelaska­n, perkara itu sudah dibawa ke mesyuarat dan meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan sesegera mungkin.

"Kita sudah bawa perkara ini dalam mesyuarat untuk perhatian dan tindakan jabatan berkenaan," jelas Bugin.

Ketua Balai Boma dan Penyelamat Mukah Bonny Martin Saging Mato ketika dihubungi menyatakan bahawa pihaknya tidak dimaklumka­n mengenai hakisan berkenaan pada Rabu (semalam).

 ??  ?? RUNTUH: Antara pagar sekolah yang sudah terkena hakisan pantai. HAMPIR: Hakisan pantai yang semakin menghampir­i sekolah dimaksudka­n. SEMAKIN DEKAT: Hakisan pantai yang begitu dekat dengan sekolah.
RUNTUH: Antara pagar sekolah yang sudah terkena hakisan pantai. HAMPIR: Hakisan pantai yang semakin menghampir­i sekolah dimaksudka­n. SEMAKIN DEKAT: Hakisan pantai yang begitu dekat dengan sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia