Utusan Borneo (Sarawak)

UBAH SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Budaya hasil pelajar cemerlang akademik sahaja perlu diubah, tidak begitu relevan dengan perkembang­an masa depan.

-

KOTA SAMARAHAN: Perubahan perlu dilakukan dalam sistem pendidikan negara, dengan melihat kepada pembanguna­n keperibadi­an pelajar bagi melahirkan modal insan generasi baharu yang mempunyai pemikiran lebih tinggi.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata budaya menghasilk­an pelajar yang cemerlang akademik sahaja perlu diubah, kerana ia tidak begitu relevan lagi dengan perkembang­an masa depan yang lebih mencabar dan menuntut individu yang mempunyai pemikiran lebih tinggi.

“Kita boleh menggunaka­n kurikulum untuk membuat pelajar berfikir yang berori- entasikan keperibadi­an tetapi sistem yang kita ada adalah berorienta­sikan peperiksaa­n.

“Selagi sistem berorienta­sikan peperiksaa­n, maka ia adalah tentang menghasilk­an keputusan peperiksaa­n yang baik dan saya tidak fikir guru-guru akan mempunyai masa untuk berfikir tentang pemikiran yang lebih tinggi kerana mereka hanya cuba untuk mendidik pelajar untuk memastikan mereka mendapat keputusan yang baik, kerana itulah sistem yang ibu bapa dan industri mahu.

“Tetapi hakikatnya pada zaman yang semakin maju dan berkembang, orang perlu mempunyai pemikiran yang lebih tinggi selain hanya cemerlang akademik kerana hanya itu akan membuat ses- eorang dapat bertahan dalam dunia yang sangat mencabar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Persidanga­n Kebangsaan Budaya Berfikir 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) di sini, semalam yang turut dihadiri Pengarah IPGKTAR Hamsiah Abdullah Masni.

Namun demikian, Manyin berkata kementeria­nnya tidak dapat membawa perubahan tersebut ke dalam sistem pendidikan negara, sebaliknya memerlukan sokongan daripada para guru dan campur tangan ahli politik.

Tambah beliau, walaupun pendidikan negara menjangkak­an untuk melahirkan pelajar yang berdaya fikiran tinggi tetapi sistem adalah masih sama iaitu cemerlang akademik.

“Kita harus bersikap jujur dengan diri sendiri dan kita mahu guru memberitah­u ahli politik dan berkata ya, sistem itu tidak betul dan perlu mengubah sedikit secara perlahanla­han,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru para guru membangunk­an kemahiran berfikir lebih tinggi di kalangan pelajar bermula dari sekolah rendah lagi.

Jelas beliau dengan memantapka­n kemahiran berfikir lebih tinggi bermula daripada kanak-kanak, ia secara tidak langsung akan menjadi budaya dan diamalkan oleh generasi baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia