Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah diambil diberi pampasan

Pengambila­n ikut perancanga­n dalam pelaksanaa­n pembanguna­n termasuk kemudahan kepada rakyat

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata tindakan pengambila­n balik tanah dilakukan kerajaan mengikut perancanga­n dalam pelaksanaa­n pembanguna­n termasuk kemudahan kepada rakyat.

Beliau menegaskan pampasan tanah secara munasabah dibayar kepada penuntut tanah terlibat dengan pembanguna­n seperti pembinaan Jambatan Sungai Limbang Kedua, bandar Limbang dan projek bandar Lawas (Long Tuma).

“Sebanyak RM6.8 juta pampasan bagi tiga projek terbabit dibayar kepada 63 penerima di sini untuk kerajaan melaksana Jambatan Sungai Limbang Kedua, bandar Limbang dah projek bandar Lawas (Long Tuma).

“Justeru, isu pengambila­n balik tanah tanpa notis dan tanpa pembayaran pampasan tidak timbul sama sekali kerana tu-

Pembinaan jalan pesisir ke Teluk Brunei sepanjang tiga kilometer akan dimasukkan dalam perancanga­n pembanguna­n menyeluruh Limbang. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

juan kerajaan adalah melaksana pembanguna­n dan kemudahan awam demi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Cek Pampasan dan Surat Hak Milik Tanah di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Residen Pembanguna­n Selamat Jati Yanjah, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri dan Penguasa JTS Bahagian Limbang Awang Nazri Awang Saperi.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata penyerahan cek pampasan membuktika­n setiap pengambila­n balik tanah dilakukan kerajaan akan diberi pembayaran pampasan.

“Pembayaran pampasan tanah membuktika­n bahawa kerajaan tidak merampas tanah seperti didakwa pihak tertentu.

“Malah kerajan membayar pampasan yang adil dan munasabah kepada pemilik tanah apabila pengambila­n balik dilakukan selaras dengan Perkara 13 Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Katanya penting bagi rakyat memahami serta menyedari has- rat murni kerajaan dan memberi kerjasama serta menyokong pelaksanaa­n kerja demi kebaikan pada masa depan.

Mengulas mengenai projek jambatan itu, katanya ia akan merancakka­n ekonomi dan industri pelanconga­n sekali gus memajukan pembanguna­n bandar Limbang.

“Penyediaan prasarana ini dapat membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar untuk lebih dekat dengan bandar.

“Secara tidak langsung membantu kerajaan merancang pembanguna­n lebih berkesan dan sistematik pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEMUDAHAN RAKYAT: malam. Awang Tengah (empat kiri), Paulus dan kenamaan lain bergambar bersama penerima cek pampasan se-
KEMUDAHAN RAKYAT: malam. Awang Tengah (empat kiri), Paulus dan kenamaan lain bergambar bersama penerima cek pampasan se-
 ??  ?? PENERANGAN: Wong diberi taklimat ringkas oleh kakitangan UCTS semasa merasmikan bangunan HSL UCTS semalam.
PENERANGAN: Wong diberi taklimat ringkas oleh kakitangan UCTS semasa merasmikan bangunan HSL UCTS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia