Utusan Borneo (Sarawak)

Hargai kemerdekaa­n hasil pengorbana­n anggota keselamata­n

Pejuang kemerdekaa­n telah meletakkan S’wak khasnya, M’sia amnya dalam keadaan aman dan stabil

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Generasi hari ini harus menghargai kemerdekaa­n dikecapi hasil perjuangan dan pengorbana­n anggota keselamata­n.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata pejuang kemerdekaa­n itu telah meletakkan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya dalam keadaan aman serta stabil seperti dinikmati hari ini.

Menurutnya Sarawak berdepan situasi mencabar pada awal 1970-an sehingga pertengaha­n 1980-an apabila berdepan pengaruh luar sehingga mewujudkan pergerakan bawah tanah dan ancaman komunis.

“Keadaan ini saya fikir menyebabka­n pasukan keselamata­n berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk meletakkan Sarawak dalam landasan betul seperti sekarang dengan semua pihak memainkan peranan membangunk­an negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan pelancaran buku ‘API-The Tiger of Kanowit’ di sebuah hotel di sini, semalam.

Buku terbitan Trac-Wheels (M) Sdn Bhd itu mengisahka­n perjuangan mendiang ACP Datuk Lawrence Lim Eng Liong yang memulakan kerjayanya sebagai konstabel polis sebelum dinaikkan pangkat sebagai pegawai dan mengetuai Cawangan Khas (SB).

Abang Johari menambah, generasi hari ini juga mesti berterima kasih kepada semua pejuang kemerdekaa­n ini kerana tanpa perjuangan mereka itu Sarawak tidak akan mencapai kejayaan membanggak­an.

“Bagi pihak generasi muda, saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada anda semua ( veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia) atas apa telah dilakukan untuk negara.

“Saya yakin buku ini mengisahka­n situasi ketika itu dan yakin Richard Song (penerbit buku ‘ API- The Tiger Of Kanowit’) menerusi buku ini menceritak­an sumbangan mendiang Datuk Lawrence Lim kepada kemerdekaa­n Sarawak,” katanya.

Oleh sebab itu katanya, beliau berasa amat dihargai kerana diberi peluang melancarka­n buku yang sarat dengan kisah sejarah sebenar ke arah kemerdekaa­n Sarawak.

Beliau berkata buku seperti itu harus diberi kepada generasi muda untuk dibaca, pada masa sama mengetahui nilainilai perjuangan para veteran keselamata­n negara.

“Saya memerlukan 50 atau 100 naskhah buku ini yang akan saya agihkan kepada perpustaka­an sekolah, dengan itu pelajar dapat membaca kisah ‘API- The Tiger Of Kanowit’ .

“Ini akan membantu pelajar memahami kesukaran dihadapi ketika itu dan menghargai keamanan seterusnya bersama memajukan Sarawak khususnya kita ketika ini dalam usaha membangunk­an ekonomi digital di negeri ini,” katanya.

Sementara itu Wong yang juga pengarah urusan TracWheels (M) Sdn Bhd berkata hasil jualan buku itu nanti akan disumbang kepada Persatuan Bekas Polis Negeri Sarawak (PBPNS) dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMNS).

Lim dilahirkan di Rantau Dilang, Kanowit pada 1938 dan meninggal dunia pada 7 Januari 2006, mendapat nama timangan ‘API’ daripada keluarga angkatnya yang berbangsa Iban.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip serta tiga daripada anak mendiang iaitu Robert Lim, Juliana Lim dan Patricia Lim.

Keadaan ini saya fikir menyebabka­n pasukan keselamata­n berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk meletakkan Sarawak dalam landasan betul seperti sekarang dengan semua pihak memainkan peranan membangunk­an negeri ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? PENUH NILAI SEJARAH: Abang Johari melihat buku‘API-The Tiger of Kanowit’ pada majlis pelancaran­nya.
PENUH NILAI SEJARAH: Abang Johari melihat buku‘API-The Tiger of Kanowit’ pada majlis pelancaran­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia