Lebih banyak pembangunan di luar bandar
Peruntukan besar bukti kesungguhan kerajaan bangunkan kawasan luar bandar
SARATOK: Masyarakat luar bandar khususnya di Sarawak dan Sabah bakal menikmati lebih banyak pembangunan melalui peruntukan disalurkan kerajaan pusat dalam Bajet 2018.
Pelobi Parti Demokratik Progresif (PDP) Parlimen Saratok Basil Thomas berkata peruntukan besar itu membuktikan kesungguhan kerajaan membangunkan kawasan luar bandar.
Katanya, langkah itu membuktikan kesungguhan kerajaan memlakukan yang terbaik untuk masyarakat di luar bandar agar mereka turut dapat menikmati kemudahan sewajarnya.
“Kita yakin dengan peruntukan bajet besar itu kerajaan memfokus untuk melengkapkan segala kemudahan infrastruktur yang kurang di kawasan luar bandar.
“Ini merangkumi kerja-
Kita yakin dengan peruntukan bajet besar itu kerajaan memfokus untuk melengkapkan segala kemudahan infrastruktur yang kurang di kawasan luar bandar. Basil Thomas Pelobi PDP Parlimen Saratok
kerja menaik taraf jalan raya, bekalan air dan elektrik yang menjadi keperluan penduduk di luar bandar,” katanya pada Majlis Ramah Mesra di Rumah Sulau, Sun- gai Jingkat, Hulu Roban di sini malam kelmarin.
Program itu turut melibatkan kehadiran sekitar 200 penduduk dari rumah-rumah panjang berhampiran.
Menurut Basil, hasil lawatan ke segenap kawasan sejak 2015 rata-rata masyarakat menyatakan bahawa mereka masih menaruh harapan tinggi terhadap PDP dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memimpin mereka pada masa akan datang.
“Pelbagai luahan, permasalahan malah tidak kurang memberi idea tentang perkara berlaku dan isu-isu melanda masyarakat di kawasan ini.
“Pembangunan infrastruktur satu aspek amat ditunggu-tunggu masyarakat di kawasan ini dan kita yakin jika diberi mandat kita akan memberi tumpuan terhadap perkara ini,” katanya.