Membantu golongan memerlukan amalan baik kepada masyarakat
BINTULU: Kerja sukarela membantu golongan memerlukan merupakan amalan baik kepada masyarakat.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata mereka yang terlibat dalam kerja sukarela bukan sahaja bekerja bahkan mengurangkan cakap-cakap politik.
Katanya, selain banyak komplen ada kumpulan tertentu sering menyalahkan sesuatu pihak yang membuat kerja dan menganggap semua kerja dilakukan tidak betul tetapi apabila diajak menyertai kerja dilakukan mereka enggan terlibat.
“Dalam melaksanakan sesuatu kerja, saya sarankan pilih mereka atau pasukan suka bekerja dan bukan mereka yang banyak bercakap menyalahkan orang lain,” katanya pada Majlis Pelancaran Logo Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti DUN Jepak di Dewan Pusat Komuniti Kampung Assyakirin Fasa 3, di sini malam kelmarin.
Hadir sama Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Pemanca Rosli Kamaruddin, ketua-ketua masyarakat serta pengerusi- pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Dalam pada itu, Talib memuji skuad terbabit yang banyak berbakti dan aktif melakukan banyak kerja amal membantu golongan memerlukan.
“Ini yang kita mahukan, dengan memilih pelapis yang rajin membuat kerja dan bukan mereka yang hanya rajin berpolitik tetapi tidak mahu bekerja,” ujarnya.
Katanya dalam menubuh pasukan sukarela, pastikan mereka yang dipilih benarbenar bekerja dan sedia berkhidmat dengan ikhlas.
Beliau berterima kasih ke- pada Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti yang terus membantu masyarakat memerlukan sekali gus berharap meneruskan khidmat mereka dengan sebaik-baiknya.
Sementara itu, pengerusi skuad terbabit Kairulnieza Waynie berkata banyak aktiviti dilakukan oleh pihaknya membantu golongan memerlukan di sini.
Katanya, sehingga kini mereka berjaya menyerahkan 50 unit kerusi roda kepada golongan memerlukan, membantu dan terlibat dalam aktiviti gotong-royong, majlis kesyukuran, kenduri, aktiviti-aktiviti Islam, kemasyarakatan dan sebagainya.
“Keahlianskuadinimencecah 130 orang dan kebanyakan ahli dari kawasan Jepak termasuk Kampung Sinong, Sebuan Besar, Kampung Baru serta mengembangkan keahlian ke kampung-kampung lain di bawah DUN Jepak,” katanya.