Hadapi bencana banjir diperkasa
tropika dan juga persediaan awal menghadapi banjir bagi tahun ini. Di samping itu, APM juga menerima tiga bot Amfibia Sealegs baharu yang boleh bergerak atas air dan di darat, bagi memudahkan serta mempercepatkan proses menyelamat mangsa banjir.
Pada kursus tersebut, peserta diajar cara-cara mengendali dan menyelenggara bot selain diberi pengenalan tentang kawasan berisiko bahaya ketika air pasang dan bergelora.
Para peserta turut didedahkan kepada aktiviti lasak bagi membantu mem- bina keta
hanan diri dari segi mental dan fizikal peserta selaku penyelamat.
Selain pihak pembekal bot, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, APM Sarawak turut memberi pendedahan tentang prosedur operasi standard (SOP) pengurusan bencana banjir serta sesi mengingatkan semula penyelamat tentang standard operasi yang telah ditetapkan.
“Pihak APM telah bersedia dari segi kekuatan anggota dan logistik bagi menghadapi
banjir pada tahun ini.
“Setiap daerah di Sarawak telah dikerahkan berada dalam keadaan standby (siap sedia) dan kesemua anggota boleh dikerahkan pada bila- bila masa,” kata satu kenyataan, baru-baru ini.
Turut membantu dalam pelancaran persediaan banjir kali ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri dan agensiagensi lain.
JPBMN baru- baru ini juga telah melancarkan kempen kesiapsia- gaan bencana nasional bagi memastikan kesedaran awam telah disampaikan di semua peringkat.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Leftenan Kolo- n e l ( PA) Awang Askandar Ampuan Yaakup.