Timur Syria diserang, 26 orang awam maut
BEIRUT: Sekurangkurangnya 26 orang awam terkorban dalam serangan artileri dan serangan udara Rusia di dua buah kem penempatan dan kampung sekeliling di timur Syria, menurut sebuah badan pemerhati kelmarin.
Syrian Observatory for Human Rights menyatakan sembilan kanak- kanak adalah di antara mereka yang terkorban.
Kampung-kampung dan kempenempatanadalahpenuh dengan orang yang melarikan diri dari peperangan di pekan Albu Kamal.
Pasukan tentera rejim Syria dan militia bersekutu membawa Albu Kamal dari kumpulan Islamic State (IS) dua hari lepas, namun pihak pejuang melancarkan serangan balas sengit dan menawannya semula kelmarin.
Rami Abdel Rahman, yang mengetuai Observatory yang berpusat di Britain, menyatakan serangan artileri oleh pasukan tentera prorejim dan serangan udara oleh beberapa pesawat perang Rusia berterusan ke atas kawasan yang masih dikawal IS di timur Syria.
“Seramai 15 orang awam termasuk tujuh kanakkanak maut di sebuah kem penempatan berhampiran Al-Sukkariyah, barat Albu Kamal, dalam pengeboman sejak malam Jumaat lepas,” menurut Abdel Rahman.
Seramai 11 orang awam lagi, termasuk dua kanakkanak, telah meninggal dunia dalam rangkaian pengeboman ke atas kampung dan sebuah kem penempatan kedua kira- kira 50 kilometer di barat laut Albu Kamal, kata beliau.
Pihak Observatory bergantung kepada satu rangkaian sumber- sumber di Syria dan mengenal pasti pesawat yang telah melakukan serangan berdasarkan jenis, lokasi, corak penerbangan dan peluru yang digunakan.
Pihak kolektif media D e i r E z z o r 2 4 t u r u t melaporkan kematian, menyatakan seluruh keluarga telah terkorban dalam pengeboman berhampiran Al-Sukkariyah.
“Kebanyakan penduduk telah meninggalkan Albu Kamal ke kampung berhampiran, dan terdapat beberapa orang sahaja yang masih berada di luar pekan,” menurut ketua kolektif Omar Abu Layla.
“Tiada lagi orang awam yang masih terperangkap di dalam Albu Kamal,” menurut beliau lanjut.
Albu Kamal merupakan pekan terakhir Syria yang masih dikawal IS dan kehilangannya akan menandakan pengunduran kumpulan berkenaan kepada organisasi gerila bawah tanah tanpa pangkalan di mana-mana bahagian di Iraq mahupun Syria.
IS bangkit menjadi dikenali dalam ketegangan bagi konflik Syria, yang meletus pada 2011 dengan bantahan terhadap Presiden Bashar al-Assad.
Ia kemudian bertukar menjadi peperangan rumit yang telah mengorbankan lebih330,000nyawa,memaksa berjuta-juta lagi melarikan diri, serta menyaksikan sebahagian besar negara dalam kemusnahan. — AFP