Utusan Borneo (Sarawak)

BERMULA DARI SEKADAR MINAT KINI PEMILIK PERKAMPUNG­AN ARNAB

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

BERMULA

dari minat terhadap arnab sejak kecil, anak jati kelahiran Kuching ini tidak menyangka dapat mewujudkan perkampung­an haiwan itu yang kini beroperasi di salah satu kawasan peranginan di Santubong.

Bagi Muhamad Al Ardy Abdul Hady, 41, yang SERONOK: Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menunggang kuda. COMEL: Arnab-arnab di perkampung­an arnab di Santubong. sememangny­a meminati bidang perniagaan sejak kecil tidak berasa raguragu untuk memulakan pusat tersebut bersama rakannya, Wan Mazland Wan Abdul Rahman.

Menyedarin­ya bidang baharu diceburi, namun ia tidak mematahkan semangatny­a untuk mencuba apatah lagi dalam usia yang kian meningkat.

“Walaupun bermula dari sekadar minat, kini saya dan rakan (Wan Mazland) berjaya merealisas­ikan impian untuk memiliki perkampung­an arnab,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Beliau beranggapa­n usia bukanlah penghalang lantas terus mengatur strategi bagaimana untuk menggiatka­n lagi perusahaan­nya itu.

Mengulas lanjut, Ardy mendedahka­n pusat itu kini menempatka­n lebih 30 ekor arnab ternakan sejak beroperasi Oktober lalu.

Beliau berharap selepas ini, ternakan arnab di perkampung­an itu dapat diperbanya­kkan selain membawa masuk haiwan lain seperti rusa sebagai tarikan baharu kepada pengunjung.

Menyedari potensi di kawasan pelanconga­n yang sering menjadi lokasi kunjungan ramai, pihaknya menyediaka­n perkhidmat­an menunggang kuda.

“Pengunjung berpeluang menunggang kuda dengan sendiri atau dibantu pihak kami di sini untuk menunggang haiwan itu.

“Setakat ini, sambutan amat menggalakk­an daripada pengunjung terutama pada hujung minggu dan cuti umum,” katanya sambil mendedahka­n akan membawa masuk dua ekor lagi kuda untuk menambahba­ik perkhidmat­an yang disediakan.

Ditanya soal cabaran, Ardy menjelaska­n faktor ekonomi mempengaru­hi situasi semasa, namun itu bukan noktah terakhir kepada perniagaan yang diusahakan.

Apa yang penting, katanya, semangat untuk berusaha dan berani mencuba sesuatu baharu menjadi tunjang ke arah kejayaan. PEMILIK: Ardy bersama kudanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia