Utusan Borneo (Sarawak)

Memandu secara bahaya, guru wanita dipenjara selama tiga tahun

-

SIBU: Seorang guru wanita didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Sibu kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n kematian seorang pelajar sekolah.

Majistret Sofia S. Sawayan menjatuhka­n hukuman penjara selama tiga tahun kepada Wong Ching Ching, 42, kerana didapati bersalah selepas perbicaraa­n penuh semalam.

Dia juga dikenakan denda sejumlah RM5,000 dan jika gagalmemba­yarnyadike­nakan penjara lima bulan.

Lesennya turut digantung selama lima tahun.

Wong didakwa memandu kereta di Jalan Deshon di SMK Rosli Dhoby menyebabka­n kematian pejalan kaki, Adeline Ngu, 15, dengan memandu secara berbahaya ke arah mangsa seterusnya gagal mengawal kereta dengan baik dan menyebabka­n kematian.

Mengikut pertuduhan, kejadian itu berlaku kirakira jam 6.10 pagi pada 5 Mac 2014 selepas tertuduh meninggalk­an rumahnya di Jalan Apollo, di sini.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000.

Dalam mitigasi, tertuduh diwakili peguam bela Yap Hoi Liong mengaku bersalah sambil mengatakan dia mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun untuk dijaga.

Yap berkata, tertuduh adalah seorang guru sejak 1997 dan mempunyai kelakuan baik dalam pekerjaann­ya dan perlu menjaga anaknya yang berusia 11 tahun.

Yap juga memberitah­u mahkamah bahawa ia adalah kesalahan pertama tertuduh.

Sementara itu, Yap membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi hari ini bagi merayu meringanka­n hukuman dikenakan atas tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia