Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kewarganeg­araan penduduk Tellian perlu ditangani dengan segera, serius

-

KUCHING: Isu kewarganeg­araan penduduk dalam konstituen­si Tellian khususnya anak-anak pasangan yang berkahwin tidak sah perlu ditangani dengan segera dan serius.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tellian Yusibnosh Balo berkata beliau menerima beberapa aduan daripada individu di kawasannya berhubung permohonan berkahwin semula dengan lelaki atau wanita pilihan dan kembali ke agama asal mereka.

Menurutnya keadaan itu menyebabka­n kadar perceraian yang agak tinggi dan antara punca dikenal pasti ialah berlainan agama serta kewarganeg­araan antara pasangan terbabit.

“Permohonan mereka ini telah saya kemukakan kepada jabatan berkenaan dan mereka telah menunggu bertahunta­hun untuk mendapatka­n kelulusan sehingga anak- anak mereka terbiar tanpa pendidikan akademik serta agama yang sempurna.

“Manakala anak-anak baharu (pasangan) ini terpaksa didaftar atas nama ibu sebab tidak mempunyai surat kahwin yang sah.

“Oleh itu saya memohon kepada menteri bertanggun­gjawab menangani masalah ini dengan serius sebab masa depan anak-anak boleh terjejas sekiranya tidak selesai segera,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2018 pada Persidanga­n DUN semalam.

Yusibnosh berkata penyelesai­an kepada masalah itu harusnya bersifat ‘ situasi menang-menang’.

“Janganlah disebabkan masalah ibu atau bapa, anakanak yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan.

“Walaupun isu ini terlalu sensitif, saya terpaksa mem- bawanya ke Dewan mulia ini agar ia dapat ditangani segera,” ujarnya.

Sementara itu, beliau mahu kerajaan mempertimb­ang cadangan membina jalan masuk ke tapak pelupusan sampah di kawasan Lembaga Amanah Masjid Mukah kerana ketika ini tiada jalan akses ke tapak berkenaan.

“Dimaklumka­n tapak pelupusan itu bertaraf Level 2 dan terletak di kawasan tanah Lembaga Amanah Masjid tetapi timbul masalah membina jalan masuk ke situ kerana terpaksa melalui jalanjalan ladang kelapa sawit.

“Justeru saya memohon peruntukan dipertimba­ngkan untuk membina jalan masuk ke tapak itu.

“Anggaran kos ( pembinaan jalan masuk itu) akan dikemukaka­n dalam masa terdekat jika laporan EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) sudah diterima,” ujarnya.

 ??  ?? Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berbincang sesuatu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How (kiri) sebelum Persidanga­n Dewan Undangan Negeri bermula di Kuching, semalam. Turut...
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berbincang sesuatu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How (kiri) sebelum Persidanga­n Dewan Undangan Negeri bermula di Kuching, semalam. Turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia