Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu perlukan lebih banyak penerbanga­n

-

KUCHING: Sibu sebagai pintu laluan bagi bahagian tengah Sarawak adalah sama penting dengan Kuching di selatan dan Miri di utara dalam hal berkaitan pelanconga­n.

Atas sebab itu, Datuk Tiong Thai King (BN-Dudong) berharap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dapat terus mempromosi­kan industri pelanconga­n di wilayah tengah.

Ini termasuk peruntukan, promosi, program jangka pendek, holistik dan kemasukan spesifik Sibu dalam Pelan Induk Pelanconga­n Negeri dalam jangka panjang.

“Majlis Perbandara­n Sibu telah mengambil inisiatif menganjurk­an Tahun Melawat Sibu 2017 dan telah berjaya menarik pelancong tempatan dan antarabang­sa.

“Kami bersedia menerima pengunjung tempatan dan luar tetapi agak malang di mana sehingga kini kami belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan berhubung petisyen kami untuk polisi udara terbuka bagi mewujudkan lebih banyak rangkaian udara langsung dan berpatutan dengan bandar seperti Miri, Kota Kinabalu dan Singapura.

“Sehingga perkara ini direalisas­i, industri pelanconga­n di Sibu akan terus berdepan cabaran daripada aspek tambang mahal, kos penyambung­an yang tinggi dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia baharu mengumumka­n bahawa selepas kajian oleh Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) ke atas perkhidmat­an udara luar bandar di Sarawak, di mana MASwings akan menghentik­an enam laluan di Sabah Sarawak pada tahun depan bagi memberi laluan kepada penerbanga­n komersial.

“Enam laluan ini ialah Kota Kinabalu- Sandakan, Kota Kinabalu-Tawau, Kota Kina- balu- Miri, Kuching- Miri, Kuching-Kota Kinabalu dan Kuching-Sibu,” katanya.

Tiong berkata demikian dalam ucapan perbahasan­nya ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan (2018), 2017 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Tiong, rakyat di Sibu telah menyuaraka­n harapan mereka agar dua laluan iaitu Sibu-Miri dan Sibu-Kota Kinabalu tidak ditamatkan operasinya dan berharap akan dipertimba­ngkan sebagai laluan di bawah perkhidmat­an udara luar bandar dan terus disediakan oleh MASwings.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia