Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari terima kunjungan hormat

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menerima beberapa kunjungan hormat di Kompleks Dewan Undangan Negeri semalam.

Antaranya adalah kunjungan hormat daripada Curtin University Sarawak yang diketuai Pro Canselor Curtin Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan bagi menjemput Abang Johari mengadakan lawatan ke universiti tersebut di Miri pada 27 November ini.

Dalam kunjungan tersebut, Abang Johari mencadangk­an agar Curtin menawarkan kursus-kursus berkaitan digital dan teknologi, selari dengan visi beliau membawa Sarawak ke arah ekonomi digital.

Turut hadir, Naib Pro Canselor Curtin Sarawak Profesor Jim Mienczakow­ski dan Pengerusi Curtin (Malaysia) Sdn Bhd Datu Ose Murang.

Sementara itu, Abang Johari turut menerima rombongan daripada Lembaga Amanah Surau Bandarshah Kuching yang diketuai pengerusin­ya Sarkawi Sebli.

Kunjungan itu adalah bagi memaklumka­n mengenai pelaksanaa­n pengubahsu­aian, pembesaran dan tambahan bangunan Surau Bandarshah yang bermula bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan berikutnya.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Jawatankua­sa Amanah Surau Bandarshah Kuching Haffrie Khalit dan Penghulu Kampung Bandarshah Omar Aini.

Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan Persatuan Anak Seni Bandarshah Kuching (PASBK) yang diketuai Pengerusin­ya Abdul Rahman Zainudin bagi memaklumka­n cadangan untuk membina sebuah Dewan Pertubuhan Anak Seni Bandarshah di kawasan kampung kelahiran Abang Johari, Bandarshah di Kuching.

Apabila siap kelak, dewan dua tingkat itu akan mempunyai ruang dewan utama yang boleh memuatkan sehingga 50 hingga 60 meja banquet, bilik persiapan katering dan tandas.

Tingkat atas akan menempatka­n bilik rehat, bilik rakaman muzik dan tempat latihan atau studio dan stor peralatan.

Abang Johari selaku penaung persatuan tersebut juga diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dewan itu nanti sebagai pusat komuniti untuk merapatkan hubungan penduduk kampung di samping untuk kegunaan majlismajl­is perkahwina­n.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PASBK Sabil Awi, Bendahari PASBK Albar Abdul Rahman dan ahli-ahli PASBK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia