Utusan Borneo (Sarawak)

Ini antara usul diluluskan TGM SUPP Dudong sekali gus menolak calon langsung BN

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Pusat mesti memastikan caloncalon bertanding kerusi Parlimen Lanang dan Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) daripada SUPP.

Ini salah satu daripada tiga usul diluluskan pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) SUPP Dudong diadakan di premisnya di sini kelmarin sekali gus menolak calon langsung BN.

Pengerusin­ya Wong Ching Yong berkata usul kedua cawangan itu menyatakan MASwings tanpa memberi sebarang alasan meyakinkan mengumumka­n tahun depan menghentik­an perkhidmat­an penerbanga­n enam sektor di Sarawak termasuk Sibu, Kuching.

Beliau berkata cawangan itu berpendapa­t pemberhent­ian perkhidmat­an penerbanga­n enam sektor itu tidak bertanggun­gjawab dan menimbulka­n kesulitan besar kepada rakyat Sarawak.

Saya harap lima cawangan Sibu mempunyai perwakilan menyandang jawatan dalam pusat kerana Sibu adalah kubu kuat UPP. Wong Ching Yong Pengerusi SUPP Dudong

“Kami menyeru kerajaan negeri segera campur tangan dalam hal ini dan jika MASwings tidak dapat meneruskan perkhidmat­an penerbanga­n, kerajaan mesti mencari alternatif menyediaka­n perkhidmat­an penerbanga­n di enam sektor ini,” katanya pada sidang media selepas TGM itu kelmarin.

Mengenai usul ketiga diluluskan, cawangan itu menyokong pendirian Persatuan Lembaga Sekolah-Sekolah Rendah Cina di Sibu dan Kapit bahawa semua sekolah rendah Cina kecil tidak boleh digabungka­n.

Sebaliknya, Wong menambah sekolah-sekolah terbabit perlu dipindahka­n semula ke bandar yang padat penduduk.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada bekas pengerusi terdahulu, Datuk Dr Soon Choon Teck kerana mem- bimbingnya dalam politik sepanjang 20 hingga 30 tahun dan menyokongn­ya sebagai pengerusi baharu cawangan tersebut.

Beliau berharap cawangan itu dapat bekerja rapat dengan empat cawangan di Sibu khususnya Bukit Assek kerana terletak di bawah kawasan Parlimen sama iaitu Lanang.

“Saya harap lima cawangan Sibu mempunyai perwakilan menyandang jawatan dalam pusat kerana Sibu adalah kubu kuat UPP.

“Seperti presiden parti kita bercakap banyak kali mengenai senario politik SUPP telah pulih di Kuching, Miri, Sarikei dan Bintangor dan satu-satunya kekuatan politik UPP hanya di Sibu.

“Lima Cawangan SUPP di Sibu mempunyai kedudukan sukar dan tidak mempunyai wakil rakyat menghadapi masalah termasuk pelantikan dan pencalonan pemimpin masyarakat,” jelasnya.

 ??  ?? KUKUHKAN SUPP: Wong (empat kanan), Dr Soon (lima kanan) serta yang lain pada sidang media selepas TGM SUPP Cawangan Dudong di Sibu, kelmarin.
KUKUHKAN SUPP: Wong (empat kanan), Dr Soon (lima kanan) serta yang lain pada sidang media selepas TGM SUPP Cawangan Dudong di Sibu, kelmarin.
 ??  ?? PEMENANG: Saifudin (berdiri, enam kiri) bersama penerima geran dan pemenang pertanding­an.
PEMENANG: Saifudin (berdiri, enam kiri) bersama penerima geran dan pemenang pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia