Utusan Borneo (Sarawak)

AS ketepi Belarus julang kejuaraan Piala Fed ke-18

-

MINSK: Amerika Syarikat (AS) memenangi kejuaraan Piala Federasi mereka yang pertama dalam tempoh 17 tahun apabila Shelby Rogers dan CoCo Vandeweghe menewaskan beregu Belarus, Aryna Sabalenka dan Aliaksandr­a Sasnovich, dalam perlawanan beregu penentuan dalam final kelmarin.

Vandeweghe dan Rogers menang 6-3, 7-6 (7/3) untuk memberikan kemenangan akhir 3- 2 kepada AS dan kejuaraan Piala Federasi ke-18.

“Saya amat teruja bagi keempat-empat pemain,” kata kapten AS Kathy Rinaldi.

“CoCo (Vandeweghe) keluar dan bermain dengan hebat sekali. Shelby (Rogers) tampil dan Sloane (Stephens) – hati saya hancur kerana dia, tetapi dia bertarung sepanjang hujung minggu ini, dia bertarung hingga ke akhir. Saya begitu bangga dengan keempat-empat mereka.”

Terdahulu kelmarin, Vandeweghe meletakkan AS 2-1 di hadapan apabila dia menewaskan Sabalenka 7-6 (7/5), 6-1, manakala Sasnovich bangkit selepas ketinggala­n satu set untuk menewaskan Sloane Stephens 4-6, 6-1, 86 dan mengikat Belarus pada kedudukan 2-2.

Sabalenka, 19, dan Sasnovich, 23, masing-masing melepaskan satu servis dalam set pertama dan pasukan AS meluru ke hadapan selepas hanya 26 minit sahaja.

Pasangan beregu Belarus membalas dengan positif dan merampas servis Vandeweghe dan Rogers dalam set kedua untuk berada 5-2 di hadapan tetapi pasukan pelawat kemudian merampas balik servis dua kali untuk mengikat kedudukan 5-5.

Dalam penamat yang tegang, pasukan tuan rumah merampas mata servis dari Rogers lagi tetapi pasangan AS enggan tunduk walaupun suasana tegang disebabkan oleh penonton di Minsk yang mahu melihat kemenangan Piala Federasi pertama di negara sendiri.

Sabalenka melepaskan servis sekali lagi untuk mengheret set itu ke ‘tiebreak’ di mana pasangan AS yang berpengala- man menang.

Dalam perlawanan awal kelmarin, Sabalenka dan Vandeweghe bermain dengan yakin di bawah pemerhatia­n presiden Belarus, Alexander Lukashenko, di atas gelanggang keras di arena 8,000 tempat duduk Minsk Chizhovka yang penuh sesak.

Pemain Amerika berusia 25 tahun berkenaan memenangi set pembukaan selepas 50 minit dan memenangin­ya dalam perlawanan tiebreak.

Dalam perlawanan kedua, Sabalenka, yang menduduki tempat ke-78 dalam dunia, tiba-tiba gemuruh sekali gus membolehka­n Vandeweghe untuk merampas break dua kali sebelum dia memenangi set itu dan perlawanan dengan satu pukulan kilas tepat.

“Saya tahu jika saya terus memberi peluang kepada diri sendiri dan berada di hadapan dalam permainan servisnya, saya akan terus mendapat peluang dan dia akan lambatlaun menjadi lemah,” kata Vandeweghe.

“Dia melakukan apa yang dia sepatutnya buat dan melakukan apa yang saya jangkakan dia buat – hayun sahaja dan berdoa agar ia masuk dan itulah apa yang dia buat. Jadi kita hanya perlu bangkit dan terus berjuang.

“Dan kemudian ia kelihatan dalam set kedua, dia layu apa- bila saya terus menekannya, dan kemudian saya hanya menamatkan­nya.”

Lewat kelmarin, Stephens, juara Terbuka AS berusia 24 tahun, merampas servis pencabarny­a pada awal set pembukaan untuk mendahului 1-0 selepas 42 minit.

Namun dalam set kedua, Sasnovich merampas mata servis dua kali untuk menyamakan kedudukan dan mengikat satu set selepas sejam 10 minit di atas gelanggang.

Dalam set penentuan, Stephens mendahului 5-2 sebelum Sasnovich, 23, bangkit dengan empat permainan berturut-turut sebelum akhirnya menamatkan­nya 8-6 untuk memberikan kekalahan keenam berturut- turut kepada Stephens sejak dia memenangi kejuaraan Grand Slam pertamanya di New York pada September lalu.

“Ia adalah salah satu perlawanan paling tegang dalam hidup saya,” kata Sasnovich.

“Saya memberikan segalanya yang ada pada saya untuk menang, dewa tenis memihak kepada saya pada hari ini. Sokongan penonton membantu saya untuk sentiasa memberi tumpuan sepanjang perlawanan. Ia adalah perlawanan yang hebat.”

Pada hari pembukaan Vandeweghe meletakkan AS di hadapan dengan kemenangan 6-4, 6-4 ke atas Sasnovich, manakala Sabalenka menewaskan Stephens 6-3, 3-6, 6-4 untuk menyamakan kedudukan 1-1. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKHIRI KEMARAU KEJUARAAN: Pasukan AS meraikan kejayaan mereka bersama trofi kejuaraan di Arena Chizhovka, Minsk pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters AKHIRI KEMARAU KEJUARAAN: Pasukan AS meraikan kejayaan mereka bersama trofi kejuaraan di Arena Chizhovka, Minsk pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia