Utusan Borneo (Sarawak)

AllianceDB­S kekalkan saranan pegang bagi saham PetDag

-

KUALA LUMPUR: ACI Worldwide semalam mengumumka­n Payments Network Malaysia ( PayNet) akan membina platform pembayaran runcit masa nyata (RPP) Malaysia menggunaka­n penyelesai­an Prasarana Pusat Pembayaran Segera UP ACI.

RPP ialah inisiatif strategik PayNet untuk memodenkan prasarana pembayaran runcit Malaysia, memacu inovasi dalam pembayaran elektronik dan membawa manfaat pembayaran segera kepada semua peserta dalam ekosistem pembayaran, termasuk bank, institusi pembayaran, perniagaan, pengguna dan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser dalam satu kenyataan semalam berkata, Pembayaran Segera UP ACI akan menyediaka­n fleksibili­ti dan kepantasan yang diperlukan PayNet untuk terus berino- vasi dan menambah baik nilai pembayaran elektronik.

Beliau berkata prasarana RPP teras akan dibina tahun ini, dan menambah tahun 2018 akan menyaksika­n pelancaran kredit segera, permintaan untuk membayar bagi e-dagang dan pembayaran orang-kepada-orang dengan resolusi alamat proksi bagi menangani pembayaran menggunaka­n nombor mudah alih, nombor kad pengenalan pendaftara­n negara atau nombor pen- daftaran perniagaan.

Antara produk inovatif dalam perancanga­n syarikat itu ialah pembayaran rentas sempadan segera di mana membuat pembayaran di peringkat serantau dan global akan menjadi lebih pantas dan mudah seperti menghantar mesej teks.

“Kami sedang berbincang dengan rakan- rakan kami di Thailand dan Singapura untuk melancarka­n perkhidmat­an baharu ini,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: AllianceDB­S Research Sdn Bhd mengekalka­n saranan ‘pegang’ bagi saham Petronas Dagangan Bhd (PetDag) dengan harga sasaran RM24.25 dalam tempoh setahun.

PetDag mencatatka­n pendapatan teras kukuh sebanyak RM323 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 sept, 2017, melonjak 30 peratus tahun ke tahun, atau 39 peratus suku ke suku.

Kumpulan itu juga mengisytih­arkan dividen interim yang tinggi sebanyak 20 sen (Suku-3 2016: 14 sen).

“Hasil runcit PetDag meningkat 14 peratus tahun ke tahun kepada RM3.4 bilion, disokong oleh kenaikan 19 peratus tahun ke tahun dalam purata harga jualan, sejajar dengan kenaikan harga dalam Mean of Platts Singapore (MOPS),” kataA llianceDBS Research.

Firma penyelidik­an itu berkata keadaan pendapatan tidak menentu PetDag mungkin akan berkuranga­n pada masa hadapan.

“Meskipun harga minyak yang turun naik, kami percaya kumpulan itu akan mencatatka­n keadaan turun naik pendapatan yang rendah, pada masa hadapan, berikutan pelarasan harga jualan runcit mingguan dan bulan bulanan sejak 30 Mac, 2017, yang membolehka­n pindahan turun naik harga minyak yang tepat pada masa.

“PetDag memiliki tempoh inventori rendah pada 4-5 hari ketika ini berbanding 9-10 hari, sebelumnya,” kata firma penyelidik­an itu.

Pada jam 10.15 pagi, saham PetDag naik RM1.38 kepada RM22.98 dengan 172,300 saham diniagakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia