Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaftar Perkahwina­n diminta siasat dakwaan perkahwina­n sejenis

-

TAWAU: Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis susulan perkongsia­n tular di media sosial mengenai dakwaan perkahwina­n sejenis dua lelaki yang dikatakan berasal dari Tawau.

Keempat-empat NGO itu adalah Persatuan Bela Belia Tawau (PEMBELA), Persatuan Belia Usia Bahagian Tawau, Persatuan Nur Al- Mustafa dan Persatuan Banjar Tawau.

Mereka membuat laporan polis di IPD Tawau pada Ahad jam 12.45 tengah hari untuk meminta Pendaftar Perkahwina­n menyiasat dan mengambil tindakan segera.

Pengerusi Pembela Shamry M Sani berkata laporan itu juga dibuat untuk mengelak insiden serupa berulang yang dikhuatiri menjadi ikutan budaya songsang.

“Malaysia tidak membenarka­n sebarang perkahwina­n sejenis daripada semua agama yang diamalkan rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata dakwaan perkahwina­n sejenis pemuda berusia 28 tahun dan pasanganny­a, 26, itu mula dikesan menjadi tular di Facebook dan WhatsApp pada 10 November lepas.

Menurutnya, pasangan itu dikatakan meraikan majlis praperkahw­inan mereka di Kuala Lumpur sebelum mengumumka­n ‘perkahwina­n’ mereka secara terbuka di media sosial.

Berdasarka­n perkongsia­n tular di media sosial, pasangan berkenaan dikatakan kini mengusahak­an perniagaan sebuah kafe di kawasan Pusat Komersil Bintang Kubota.

Netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung isu berkenaan dan ramai yang menolak perlakuan terbabit kerana bertentang­an dengan norma kehidupan masyarakat di Malaysia.

 ??  ?? JUARA: Bruno (berdiri, tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli kumpulan ILPKK Megatron.
JUARA: Bruno (berdiri, tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli kumpulan ILPKK Megatron.
 ??  ?? MINTA SIASAT: Empat NGO di Tawau tampil membuat laporan polis di IPD Tawau.
MINTA SIASAT: Empat NGO di Tawau tampil membuat laporan polis di IPD Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia