Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga suspek pecah kedai dan curi peti besi ditahan dalam tempoh 12 jam

-

TAWAU: Polis menahan tiga suspek kes pecah kedai dan curi peti besi di sebuah kedai di Balung, di sini pada Sabtu, dalam tempoh 12 jam (jam 3.25 pagi sehingga 3.25 petang).

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata ketiga-tiga suspek berumur, 24, 28 dan 20 tahun yang ditahan secara berasingan di sekitar Balung itu disyaki satu kumpulan.

“Aduan dibuat oleh pembantu penyelia premis itu yang mengatakan kedai mereka dipecah masuk dan peti besi mengandung­i kira-kira RM11, 000 turut lesap, pada Khamis.

“Siasatan awal, kita mengesyaki ketiga-tiga suspek memecah masuk premis ini dengan mengumpil pintu belakang kedai,” katanya kepada media di sini pada Ahad.

Fadil berkata hasil penahanan dan rampasan yang dijalankan daripada ketigatiga suspek, polis berjaya merampas wang tunai yang berjumlah RM8,1785.

Polis juga merampas pelbagai barang yang disyaki dicuri dari premis terbabit serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalanka­n aktiviti jenayah.

“Turut dirampas, sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback berwarna hitam dengan nombor pendaftara­n iaitu ST3877 L termasuk kunci,” katanya.

Beliau berkata rekod pengakuan awal menunjukka­n ketiga-tiga suspek juga mengaku terlibat dalam kegiatan jenayah pecah masuk di kedai berkenaan.

Berikutan itu juga, kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari di IPD Tawau dan siasatan kes terbabit dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? DITAHAN: Salah seorang suspek yang ditahan mengaku terlibat memecah masuk sebuah kedai dan mencuri peti besi di Balung.
DITAHAN: Salah seorang suspek yang ditahan mengaku terlibat memecah masuk sebuah kedai dan mencuri peti besi di Balung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia