Juara bertahan itu seri 1-1 dengan Amiens di Stadium Licorne melalui jaringan penyamaan Jovetic
PARIS:JuaraPerancisMonaco terikat 1-1 di Amiens kelmarin melalui gol penyamaan dijaringkan oleh Stevan Jovetic untuk melepaskan dua mata dalam perebutan kejuaraan Ligue 1.
Pasukan tuan rumah bimbingan Christophe Pelissier membuat kejutan apabila mereka menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke31 menerusi Serge Gakpe, tetapi Jovetic dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan.
Pendahulu Ligue 1 Paris Saint-Germain (PSG) dapat melebarkan kelebihan ke atas Monaco kepada enam mata apabila mereka menyambut Nantes di Parc des Princes semalam, selepas anak buah Leonardo Jardim menyaksikan siri kemenang a n dalam tiga perlawanan berturut-turut berakhir. “Kami tidak mencapai objektif kami, t e r u t a m a n y a pada separuh masa pertama – kawalan bola kami buruk, kami melakukan banyak hantaran yang tersasar dan kerja berpasukan tidak cukup bagus,” kata Jardim. “Namun jika separuh masa pertama adalah negatif, separuh masa kedua pula lebih baik.”
Monaco memulakan perlawanan empat mata di be- lakang PSG, tetapi didorong oleh kepulangan kapten Radamel Falcao dari kecederaan.
Pemain Colombia itu segera memburu go liganya yang ke-14 bagi musim ini, tetapi dua kali melakukan rembatan yang tersasar sebelum dinafikan oleh kaki penjaga gol Amiens, Regis Gurtner.
Stade de la Licorne menjadi riuh sejurus selepas setengah jam apabila Gakpe, pemain antarabangsa Togo, meluru ke arah gawang dan dengan yakin menolak bola ke sudut gol untuk menjaringkan gol pertamanya bagi Amiens.
Pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan sejurus sebelum waktu rehat, tetapi selepas Gurtner gagal untuk menangani bola tinggi ke dalam kawasan penalti, pemain pertahanan tengah Monaco, Jemerson, melakukan tendangan tinggi yang melepasi palang gol.
Amiens memulakan babak kedua dengan yakin dan hampir melebarkan kelebihan, tetapi penyerang Moussa Konate menanduk bola tinggi ketika dia langsung tidak dijaga hanya beberapa sahaja dari gol.
Falcao nyaris menjaringkan gol sekali lagi apabila dia memaksa Gurtner merebahkan badan untuk menghalang cubaannya dari tepi kotak penalti, sebelum tandukan Guido Carrillo menggeser bahagian luar tiang.
Selepas dia menggantikan Rony Lopes dengan Rachid Ghezzal pada waktu rehat, Jardim memasukkan Jovetic dan pemain antarabangsa Montenegro itu memakan masa tidak sampai enam minit untuk meninggalkan kesan.
Bekas penyerang Inter Milan itu mengintai sudut bawah selepas kerja cemerlang oleh Fabinho untuk menjaringkan gol keduanya bagi kelab.
Namun Amiens kelihatan lebih berkemungkinan untuk mendapatkan gol kemenangan lewat apabila bekas penyerang Chelsea Gael Kakuta menanduk bola tinggi.
Monaco kini mengalih perhatian kepada perlawanan menentang RB Leipzig pada Selasa , di mana pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir itu pada tahun lepas dapat menang tetapi masih tersingkir dari Liga Juara-Juara. — AFP
Kami tidak mencapai objektif kami, terutamanya pada separuh masa pertama – kawalan bola kami buruk, kami melakukan banyak hantaran yang tersasar dan kerja berpasukan tidak cukup bagus. Leonardo Jardim Jurulatih AS Monaco