Ia akan memfokus pembangunan ekonomi termasuk pertanian untuk diusahakan di bahagian Limbang
LIMBANG: Kerajaan negeri menubuh sebuah agensi baharu, Agensi Pembangunan Utara Sarawak ( NRDA) yang bertanggungjawab merancakkan lagi pembangunan ekonomi di kawasan utara negeri ini, membabitkan Limbang dan Lawas.
Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata NRDA akan memfokus kepada pembangunan ekonomi termasuk pertanian untuk diusahakan di bahagian Limbang.
“NRDA akan merangkumi pembangunan ekonomi Limbang dan Lawas yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,” katanya ketika merasmikan Pesta Bebuak Meritam 2017 di sini semalam.
Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Setiausaha
NRDA akan merangkumi pembangunan ekonomi Limbang dan Lawas yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian
MDL Shariman Faizul Abdullah, pengerusi pengelola program Kaunselor Datin Tiong Siew Chin, Ketua Kampung Meritam Mahmud Gampal dan jemputan lain.
NRDA diletak di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) selepas penubuhan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) dan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).
Penubuhan NRDA kata Dr Abdul Rahman, mempercepat dan memberi impak pembangunan sektor agrikultur, pelancongan dan pem- bangunan fizikal di kawasan berkenaan.
ADUN Bukit Kota itu berkata Majlis Daerah Limbang (MDL) perlu mengandakan usaha mengenal pasti tempat-tempat menarik di daerah ini untuk tarikan pelancong.
“Limbang merupakan pusat untuk kemasukan pengunjung luar.
Keunikannya bersempadan dengan Brunei dan Kalimantan Indonesia, berjiran dengan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan Miri mampu menarik kemasukan pengunjung luar,”ujarnya.
Katanya sejumlah RM1.5 juta sudah dibelanja untuk menyelenggara kemudahan di Lumpur Bebuak sejak lebih 10 tahun lepas.
Pesta Lumpur Bebuak tambah beliau amat penting kerana mempunyai daya tarikan pelancong termasuk dari Eropah.
Beliau berkata pembangunan dinamik sentiasa berubah dan tidak statik.
“Kerajaan responsif dalam menerima pandangan dan mencari jalan merealiasasikan permintaan dan keperluan rakyat,” ujarnya.
Selain Lumpur Bebuak, beberapa kawasan menarik di daerah ini akan dinaik taraf dalam menarik kemasukan pengunjung membabitkan Gunung Buda dan sebagainya.
Beliau mahu masyarakat setempat lebih kreatif supaya dapat mengambil peluang daripada kelebihan yang ada.