Rali pembangkang Congo dilerai polis dengan tembakan
KIKWIT: Pihak polis di Republik Demokratik Congo kelmarin telah melepaskan tembakan ke arah satu rali pembangkang, mencederakan enam penentang yang mengecam pemerintahan Presiden Joseph Kabila yang dilanjutkan, menurut seorang anggota perundangan.
“Pihak polis telah menembak ke arah militan kami, mencederakan enam orang daripada mereka, walaupun kami memiliki kebenaran untuk mengadakan pertemuan kami,” kata Delly Sesanga, Ahli Parlimen dan presiden Envol, anggota pakatan pembangkang.
Beliau mendakwa bahawa beliau sendiri telah diserang dan diculik selama lebih dari tiga jam dalam insiden di Kenge, timur ibu negara.
Bagaimanapun, menurut kepada satu kenyataan oleh pihak polis negara, hanya seorang penunjuk perasaan yang tercedera di kepala, dan itu berpunca dari batu-batu yang dilontar oleh penunjuk perasaan lain.
Pihak polis melepaskan tembakan ke udara bagi meleraikan orang ramai yang tidak dibenarkan oleh Dewan Perbandaran Kenge, menurut Emery Kaputa Vita, timbalan gabenor bagi Wilayah Kwango, di mana Kenge, kira-kira 270 kilometer dari Kinshasa, berkata.
Pakatan pembangkang dan pergerakan rakyat lain adalah menentang jadual pilihan raya yang dikeluarkan oleh suruhanjaya pilihan raya di DR Congo.
Ia meramalkan bahawa pilihan raya presiden akan diadakan pada 23 Disember, 2018, melanjutkan penggal Joseph Kabila sebagai ketua negara kepada setahun lagi.
Kabila telah dijadualkan akan meletakkan jawatan pada Disember 2016 selepas satu tempoh maksimum perlembagaan meliputi dua penggal bagi jawatan tersebut.
Mereka yang menentang penerusan Presiden Kabila memegang kuasa sedang menggerakkan usaha untuk memaksa beliau berundur paling akhir pada 31 Disember, 2017.
Pada Khamis lepas, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Switzerland dan Kanada menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan kebebasan bersuara den perhimpunan di DR Congo, selepas sehari bantahan dan operasi dilancarkan pasukan keselamatan.
Pihak pembangkang mempertimbang tunjuk perasaan secara aman di Kinshasa pada 28 November, menurut satu surat. — AFP