Orang ramai dijemput meriahkan Sukan Lombak Asal S’wak, Sabtu ini
MUKAH: Orang ramai sekitar Mukah dijemput hadir memeriahkan program Sukan Lombak Asal Sarawak yang bakal diadakan pada 25 November ( Sabtu) ini di Stadium Perpaduan Dalat.
Menurut satu kenyataan, program anjuran Pejabat Daerah Dalat dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Bahagian Mukah itu bakal memperkenalkan permainan asal popular pada masa dahulu.
“Program i tu bagi mengetengahkan permain- an- permainan tradisi lama untuk dihidupkan kembali terutama kalangan masyarakat,” katanya.
Permainan itu adalah kebiasaan dimainkan kanakkanak atau generasi terdahulu sekitar 60- an, 70- an dan 80- an.
“Ramai generasi kini tidak mengetahui kewujudan permainan-permainan popular itu dan kita akan perkenalkan,” jelasnya.
Antara permainan itu ialah sepak raga bulatan, kaki antu, lastik, kayuhan darat, rondes, batu seremban, bidar lukut, lompat getah ( zero point), menganyam ketupat dan menggolek mulung.
Turut diadakan kayuhan solidariti dan senaman ringan serta regangan sebelum acara bermula.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah dijangka hadir melakukan perasmiannya.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi urus setia Pegawai Tadbir Sarawak ( SAO) John Narong di talian 084864219.