Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik rugi besar rumah dipecah masuk

Pencuri dipercayai menceroboh melalui tingkat atas ketika mangsa sedang tidur

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang pemilik rumah tergamam apabila terpaksa menanggung kerugian mencecah belasan ribu ringgit selepas rumahnya dimasuki pencuri di Jalan Serai, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, insiden itu hanya disedari oleh pengadu, 36, selepas bangun tidur sekitar jam 5 pagi.

“Insiden dipercayai berlaku semasa pengadu sedang tidur dan tidak menyedari

Insiden dipercayai berlaku semasa pengadu sedang tidur dan tidak menyedari rumahnya dimasuki pencuri. ACP Zailanni Amit Ketua Polis Daerah Sibu

rumahnya dimasuki pencuri,” katanya.

Katanya, pengadu percaya pencuri masuk melalui tingkap tingkat atas dan pelbagai barangan termasuk barang kemas didapati hilang setelah memeriksa keadaan.

Menurutnya, pengadu telah membuat laporan polis sejurus kejadian dan menganggar­kan kerugian sebanyak RM18,000.

Turut dilaporkan hilang oleh pengadu termasuk wang tunai RM5,500, cincin, loket dan rantai emas serta sebuah telefon bimbit.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” tambahnya.

Dalam kejadian berasingan, angkara terlupa kunci, seorang wanita kehilangan motosikal di Jalan Pipit pagi kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 7.10 pagi itu, pengadu, 25, telah meninggalk­an motosikal milik suaminya dan terlupa mencabut kuncinya.

Kira- kira setengah jam kemudian, pengadu kembali ke tempat letak motosikaln­ya dan terkejut mendapati ia sudah lesap.

Pengadu yang percaya motosikal tersebut telah dicuri tampil membuat laporan di balai polis di sini.

Sementara itu, seorang lelaki berumur 20-an turut kehilangan motosikaln­ya di tempat letak motosikal di Pasar Sentral sekitar tengah hari kelmarin.

Pengadu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sentral.

Mangsa turut meminta orang ramai dan kenalannya di media sosial untuk membantu mencari motosikal jenis Modenas Kris tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia