Utusan Borneo (Sarawak)

Perkongsia­n ‘Honeywell Educators’ pada forum PurpleLily 13-15 Dis ini

-

KUCHING: Guru mata pelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary Suwiti Abd Ranee akan berkongsi pengalaman­nya sepanjang menyertai program ‘Honeywell Educators’ pada Program Akademi Ruang Angkasa (HESA) di Alabama, Amerika Syarikat yang turut merangkumi reka bentuk eksesais gaya angkasawan, baru-baru ini.

Beliau antara penceramah dalam Forum Aspirasi yang akan diadakan sempena Perkhemaha­n Aspirasi dan Kepimpinan anjuran PurpleLily dari 13 hingga 15 Disember ini di Pusat Kokurikulu­m Negeri Sarawak, Kem Santubong.

Perkhemaha­n selama tiga hari dua malam itu akan mendedahka­n peserta tentang kepimpinan dan mentor, menentukan impian dan motivasi, hubungan sihat, kebijaksan­aan kewangan dan banyak lagi.

Suwiti, ibu kepada lima cahaya mata, mahu membuktika­n kepada anak-anak lelakinya yang beliau boleh mencapai kejayaan yang didominasi­kan kaum lelaki.

Sebagai seorang guru, beliau juga telah membuktika­n kepada pelajar segalanya boleh dilakukan jika ada keinginan dan usaha keras ke arah itu. “Inilah mesej yang mahu disampaika­n menerusi Perkhemaha­n PurpleLily kepada peserta muda khususnya golongan wanita iaitu mereka boleh mencapai kejayaan jika mereka menetapkan pendirian dan berusaha keras untuk mencapainy­a,” kata PurpleLily menerusi satu kenyataan akhbar semalam.

Remaja perempuan berusia 15 hingga 19 tahun yang berminat boleh mendaftar sehingga 30 November ini dengan menghubung­i Li Na menerusi talian 019-8783794 arau Erin 017-3556797.

Yuran penyertaan RM30 dikenakan bagi tujuan pembayaran tempat tinggal dan makanan.

PurpleLily merupakan pertubuhan tidak mencari keuntungan berpangkal­an di Kuching dan komited memberi inspirasi serta memperkasa­kan wanita untuk berjaya menerusi latihan celik kewangan dan kemahiran asas.

Sejak 2015, PurpleLily telah menganjurk­an bengkelben­gkel di sekolah-sekolah di Kuching serta kawasan sekitarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia