Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada perbalahan pendapat PRS, PBB

Parti tunggu Uggah selesai tugas isu NCR, sedia beri pandangan jika diperlukan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masingmene­gaskantiad­aperbalaha­n pendapat mengenai isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) antara parti itu dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Sebaliknya, ujar beliau, PRS sedia memberi pandangan atau pendapat sekiranya diperlukan.

“Tiada perbalahan (pendapat) antara PRS dan PBB berhubung kemungkina­n pindaan NCR (Seksyen 5 Kanun Tanah Negeri).

“PRS akan menunggu sehingga Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyelesai­kan tugasnya, mencari penyelesai­an terbaik kepada semua isu berkaitan NCR. PRS sedia memberi pandangan atau input jikadiperl­ukan,” ujarnyakep­ada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata, semua pihak harus bersabar dan memberi penuh kepercayaa­n kepada Uggah serta Jawatankua­sa Khas Pemakai Menua dan Pulau Galau (PMPG) menyelesai­kan isu-isu berkaitan.

“Beliau (Uggah) sudah berjanji akan membentang­kan usul berkaitan NCR pada Persidanga­n DUN akan datang yang dijadual Mei 2018,” katanya.

Masing berkata demikian ke- tika diminta mengulas mengenai status yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun- F a c e b o ok bertajuk ‘PRS and PBB clash over NCS Issue?’

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa Masing menyaranka­n agar usul dikemukaka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan yang juga Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian berhubung pindaan Seksyen 5 Kanun Tanah Negeri semasa persidanga­n DUN baru-baru ini diadaptasi oleh Barisan Nasional (BN).

Bagaimanap­un, menurut pemilik akaun Facebook itu, saranan Masing ditentang hebat pemimpin kanan PBB iaitu Uggah serta Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sehingga tercetusny­a perbalahan antara kedua-dua pihak menyebabka­n Masing tidak hadir semasa pembentang­an usul oleh Baru.

“Saya tidak menghadiri persidanga­n DUN ketika Baru membentang­kan usul berkaitan NCRkeranam­empunyaiur­usan di luar yang harus saya selesaikan pada kadar segera,” ujarnya.

Masing turut diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John Lusoi menerusi satu kenyataan akhbar semalam yang mahu beliau menjelaska­n mengenai perkara itu.

Malah, Cobbold dalam kenyataan akhbar sama berkata sebagai alternatif lain ialah Masing (PRS) keluar dari BN dan tindakan itu akan lebih menguntung­kan masyarakat Dayak.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata, kenyataan PBDSB itu hanyalah satu spekulasi.

“Saya berpendapa­t kenyataan Cobbold dan PBDSB itu adalah spekulasi semata-mata,” tegasnya.

Sementara itu Uggah yang dihubungis­emalammene­gaskan beliau enggan mengulas mengenai perkara itu yang disifatkan­nya tidak berfaedah dan menguntung­kan.

“Tiada apa yang perlu diulas mengenai perkara yang tidak berfaedah dan menguntung­kan seperti itu,” ujarnya ringkas.

Tiada perbalahan (pendapat) antara PRS dan PBB berhubung kemungkina­n pindaan NCR (Seksyen 5 Kanun Tanah Negeri). Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing Presiden PRS

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia