Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian menunjukka­n ada kelebihan, manfaat jika bahasa ibunda diguna pada peringkat awal pendidikan kanak-kanak

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar terutama kepada kanak-kanak yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) amat digalakkan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penggunaan bahasa ibunda di kalangan kanak-kanak berkeperlu­an khas amat penting dan banyak manfaat.

“Penyelidik­an mendapati ia adalah satu kelebihan jika bahasa ibunda digunakan terutama pada peringkat awal pendidikan kanak-kanak.

“Ia khasnya kepada kanakkanak berkeperlu­an khas di mana mereka lebih memahami pelajaran menggunaka­n bahasa ibunda mereka, iaitu bahasa yang digunakan semasa bertutur di rumah.

“Pendekatan mengajar mereka agak berlainan dan jika kita menggunaka­n bahasa lain, ia mungkin mendatangk­an kesukaran kepada kanak- kanak ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Hadiah SJK Bintawa Ke-44 yang dihadiri Guru Be- sarnya, Wee Kim Kwang dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah Lo Kok Kiong di Dewan SJK Bintawa di sini, semalam.

Fatimah berkata, SJK Bintawa merupakan sekolah jenis kebangsaan pertama mempunyai PPKI yang menggunaka­n bahasa Mandarin di bandar raya ini sejak 2013.

Katanya, penubuhan PPKI itu atas permohonan ketua masyarakat di kawasan sekitar selain PIBG sekolah sebelum 2013.

“Ia telah dimajukan kepada Kementeria­n Pendidikan dan dipersetuj­ui atas sebab kanakkanak dalam PPKI adalah kanak-kanak berkeperlu­an khas.

“Saya dimaklumka­n guru besar sekolah ini, sekarang juga terdapat senarai panjang memohon ke PPKI ini termasuk mereka yang tinggal di luar Bintawa,” katanya.

Beliau memberitah­u ini menggambar­kan PPKI memberi manfaat yang amat baik kepada anak-anak di kawasan sekitar.

Namun paling penting, kata Fatimah, ialah kefahaman anak-anak berkeperlu­an khas dalam pelajaran memandan- gkan ia menggunaka­n bahasa Mandarin bagi memudahkan mereka.

Beliau memberitah­u, selain SJK Bintawa, terdapat dua tadika biasa yang menggunaka­n bahasa ibunda sebagai pengantar di kalangan muridnya iaitu sebuah tadika di Bario yang menggunaka­n bahasa Kelabit dan sebuah tadika di Samarahan yang menggunaka­n bahasa Bidayuh.

“Ini ada berbeza sedikit kerana ia adalah atas inisiatif masyarakat setempat kerana menyedari bahasa-bahasa berkenaan semakin sedikit bilangan yang bertutur,” katanya sambil memberitah­u ia mungkin disebabkan faktor kahwin campur.

 ??  ?? KENANGAN: Fatimah (duduk tengah) dan tetamu lain merakamkan kenangan bersama murid PPKI semasa lawatan ke bilik kelas pendidikan khas selepas Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Hadiah SJK Bintawa Ke-44, semalam.
KENANGAN: Fatimah (duduk tengah) dan tetamu lain merakamkan kenangan bersama murid PPKI semasa lawatan ke bilik kelas pendidikan khas selepas Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Hadiah SJK Bintawa Ke-44, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia