Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai, warga kerja BDA tandatanga­n Ikrar Integriti Korporat SPRM

-

BINTULU: Semua pegawai dan warga kerja Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menandatan­gani Ikrar Integriti Korporat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena sambutan Minggu Inovasi dan Integriti 2017 di sini semalam.

Upacara itu sebagai tanda dan komitmen pegawai serta warga kerja BDA menzahirka­n sokongan mereka bersama SPRM memerangi rasuah.

Majlis dimulai dengan ceramah integriti oleh Penolong Pengarah SPRM Cawangan Bintulu, Jawa Milu.

Seterusnya bacaan ikrar integriti diketuai Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi dan menandatan­gani ikrar integriti disaksikan oleh Ketua SPRM Bintulu Marcel Bulan Ngabong.

BDA dalam kenyataann­ya berkata, komitmen pihaknya penting bagi memantapka­n pengurusan kualiti dan integ- riti di samping meningkatk­an kesedaran pegawai mengenai tanggungja­wab mereka sebagai penjawat awam.

Turut diadakan persembaha­n amalan persekitar­an berkualiti ( 5S), tayangan video Minggu Inovasi dan Integriti 2017, persembaha­n pengucapan awam, penyampaia­n anugerah dan hadiah kakitangan ‘ Zero Sick Leave 2016’, pertanding­an pengucapan awam serta Pekerja Contoh Kumpulan C dan D.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar BDA Abdullah Mohd Sheriff, Penolong Pengurus Besar (Khidmat Korporat) Sheikh Anuar Nasruddin Aminullah, Penolong Pengurus Besar (Khidmat Teknikal) Abdul Rahim Abdullah, Penolong Pengurus Besar (Khdimat Alam Sekitar) Wan Ibrahim Wan Ali, pengurusan kanan, pengurus- pengurus dan kakitangan BDA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia