Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian hasil kepimpinan kuat, perancanga­n baik dan pelaksanaa­n berkesan oleh kerajaan negeri: Awang Tengah

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak telah meluluskan pelaburan bernilai RM7.8 bilion untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, jumlah pelaburan itu tidak termasuk cadangan projek keluli RM12.6 bilion dan projek metanol bernilai RM8.4 bilion di Bintulu.

Kata beliau, pencapaian itu bukan secara kebetulan, tetapi hasil kepimpinan yang kuat, perancanga­n yang baik dan pelaksanaa­n yang berkesan oleh kerajaan negeri.

“Sarawak secara konsisten berada di antara empat destinasi pelaburan teratas di Malaysia sejak sembilan tahun lepas.

“Dalam dua tahun lalu, Sarawak telah berpindah kepada tiga kedudukan tera- tas. Justeru, melihat kepada pencapaian ini, kita menjangkak­an lebih banyak pelaburan masuk ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap semasa pembentang­an bertajuk ‘Peluang Pelaburan dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak ( SCORE)’ pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Bercakap mengenai SCORE, Awang Tengah berkata, ia adalah salah satu daripada lima koridor pembanguna­n ekonomi yang dilancarka­n oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Februari 2008.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu berkata, inisiatif SCORE adalah memanfaatk­an potensi tenaga hidro yang besar bagi memacu ekonomi pembanguna­n negeri dan negara.

“SCORE merangkumi ka- wasan tengah, dari Samalaju di Bahagian Bintulu ke Tanjung Manis di Bahagian Mukah. Malah, kawasan SCORE kini diperluas untuk merangkumi kawasan hulu Rajang dan kawasan tanah tinggi serta kawasan utara Sarawak,” katanya.

Antara empangan hidroe- lektrik yang telah dibina, katanya, adalah Empangan Bakun yang mempunyai kapasiti 2,400 megawatt (MW) dengan kos bernilai RM7.8 bilion, Empangan Murum (944 MW) dengan kos RM4.1 bilion dan Empangan Baleh ( 1,285 MW) yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2025 dengan anggaran kos RM8 bilion.

Menurut Awang Tengah, jumlah pelaburan sektor swasta dan awam di SCORE melebihi RM104 bilion pada Disember 2016.

Katanya, kewujudan industri di Samalaju telah memposisik­an kedudukan negeri untuk membangunk­an kelompok industri-industri ini.

“Atas sebab itu, kita kini menyasarka­n industri penambahan nilai dan hiliran untuk menggunaka­n bahan mentah dari industri pencetus sedia ada, terutamany­a memban- gunkan kluster untuk perusahan kecil dan sederhana (PKS).

“Antara industri hiliran yang berpotensi termasuk aloi aluminium, rod, kabel dan lain-lain,” kata beliau.

Dalam pada itu, Awang Tengah memberitah­u, Sarawak bertuah kerana dikurniaka­n dengan banyak sistem sungai yang besar di mana terdapat banyak potensi hidro boleh diperbahar­ui yang belum diterokai.

“Jika dibangunka­n sepenuhnya, Sarawak akan dapat menghasilk­an kira-kira 8,000 MW elektrik. Oleh itu, kita akan membangunk­an potensi ini bergantung pada permintaan tenaga pada masa akan datang.

“Dengan begitu banyak sumber air, kita yakin Sarawak boleh berada di kedudukan yang baik untuk menjadi pengeluar bahan api hidrogen,” katanya.

Dalam dua tahun lalu, Sarawak telah berpindah kepada tiga kedudukan teratas. Justeru, melihat kepada pencapaian ini, kita menjangkak­an lebih banyak pelaburan masuk ke negeri ini. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UCAPAN: Awang Tengah menyampaik­an ucapan semasa pembentang­an bertajuk ‘Peluang Pelaburan dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE)’ pada WIEF Ke-13 di BCCK, semalam.
UCAPAN: Awang Tengah menyampaik­an ucapan semasa pembentang­an bertajuk ‘Peluang Pelaburan dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE)’ pada WIEF Ke-13 di BCCK, semalam.
 ??  ?? BERJAYA: Awang Tengah ditemani Tun Musa dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama sempena WIEF Ke-13, semalam.
BERJAYA: Awang Tengah ditemani Tun Musa dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama sempena WIEF Ke-13, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia