Utusan Borneo (Sarawak)

WIEF di Sarawak penganjura­n paling berjaya, kata Tun Musa

-

KUCHING: Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 di Sarawak yang melabuh tirai semalam merupakan penganjura­n paling berjaya.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam yang memberitah­u kejayaan itu merupakan hasil komitmen tinggi kerajaan negeri dalam bersama- sama pihaknya menjayakan forum tersebut sepanjang tiga hari di sini.

“Saya boleh katakan inilah penganjura­n WIEF yang amat berjaya dan mencapai segala objektif yang kita mahukan.

“Kejayaan ini adalah hasil komitmen kerajaan negeri yang memberi sokongan padu kepada kita untuk menjayakan forum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguha­n WIEF Ke-13 yang disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Malah, Tun Musa berkata, penganjura­n WIEF di negeri ini turut melakarkan kejayaan besar apabila 16 memorandum persefaham­an (MoU) dimeterai melibatkan nilai kerjasama AS$2.43 bilion.

Selain itu, katanya, penyertaan pemimpin-pemimpin negara luar dari 77 negara pada forum itu turut membanggak­an.

“Apa yang lebih mengujakan saya ialah penglibata­n delegasi dan peserta tempatan yang terdiri daripada anakanak muda sangat memberangs­angkan pada penganjura­n WIEF kali ini.

“Inilah yang kita mahukan dan harapkan agar anak-anak muda dapat bersama-sama mencorak kejayaan mereka untuk berjaya dalam bidang perniagaan,” ujarnya.

Terdahulu, Awang Tengah berkata, Sarawak bertuah dipilih menjadi lokasi penganjura­n forum bertaraf antarabang­sa itu.

“Justeru, saya amat berterima kasih kepada Yayasan WIEF kerana memilih Sarawak sebagai lokasi penganjura­n kali ke-13 forum ini.

“Kepada peserta tempatan dan luar negara, anda adalah yang menjadi pelengkap kepada kejayaan penganjura­n forum ini di negeri ini.

“Saya berharap pengalaman yang anda semua perolehi dan kenangan sepanjang berada di negeri ini akan menjadi kenang- kenangan untuk anda datang kembali ke sini bagi menerokai peluang dan keindahan yang kami tawarkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia