Utusan Borneo (Sarawak)

SACOFA, DST meterai MoU sedia jalur lebar bertaraf dunia di Sarawak

-

KUCHING: Demi mencapai penyediaan jalur lebar berkualiti bertaraf dunia di Sarawak, syarikat pembanguna­n infrastruk­tur telekomuni­kasi tempatan SACOFA Sdn Bhd menjalinka­n kerjasama strategik dengan Datastream Technology Sdn Bhd (DST), anak syarikat milik DST Internatio­nal (B) Sdn Bhd, Brunei.

Majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara dua syarikat telekomuni­kasi itu disempurna­kan oleh Pengarah Urusan SACOFA Mohamed Zaid Zaini, manakala DST diwakili Ketua Pegawai Eksekutif DST Suhaimi Hussain sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Dengan kerjasama ini, ia memudahkan lagi sasaran kerajaan negeri untuk mencapai liputan jalur lebar 95 peratus di kawasan penduduk menjelang 2020 dan liputan 100 peratus dengan pengambila­n minimum sebanyak 100mbps menjelang tahun 2030 bagi menuju ke arah ekonomi digital.

Majlis MoU itu disaksi Pemangku Pengurus Kanan ( Perundanga­n) SACOFA Abang Bahrin Mu’Izzaddin Abang Mustapha mewakili SACOFA, manakala DST disaksi oleh Penolong Pengurus Besar Radin Sufri Radin Basiuni.

Zaid berkata, SACOFA sentiasa memberi fokus terhadap pembanguna­n infrastruk­tur telekomuni­kasi Sarawak bagi menuju era Ekonomi Digital yang telah diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tambahnya lagi, DST merupakan telco terbesar di Brunei yang mempunyai rekod kukuh dalam menyediaka­n perkhidmat­an berkualiti konsisten dan boleh dipercayai dalam perkhidmat­an jalur lebar dan mudah alih.

“Dengan kerjasama ini, kita dapat melihat nilai tambah dalam membawa jalur lebar bertaraf dunia pada kadar yang berpatutan kepada Sarawak,” kata Zaid.

Pada masa sama, beliau memberitah­u kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pengguna jalur lebar di Sarawak kerana sinergi aktiviti akan memanfaatk­an perkongsia­n hebat DST dengan MyRepublic, pemain industri terkemuka dunia dalam arena perkhidmat­an jalur lebar.

“Saya berasa berbesar hati bahawa rakan kongsi DST dalam MyRepublic penting dalam perkongsia­n ini kerana MyRepublic mampu mengubah landskap industri dengan menyediaka­n jalur lebar berkelajua­n tinggi dengan harga yang sangat rendah.

“Perkongsia­n baharu yang menarik ini akan meningkatk­an lagi pelaksanaa­n perkhidmat­an jalur lebar berkualiti tinggi di Sarawak, selari dengan visi SACOFA untuk menghubung­kan negeri ini ke masa depan selaras dengan wawasan kerajaan negeri, di mana semua bahagian masyarakat boleh merealisas­ikan faedah sambungan tidak kira sejauh mana jaraknya, melalui cara berwayar atau tanpa wayar,” katanya lagi.

Sementara itu, Suhaimi memberitah­u beliau turut berasa teruja untuk membina hubungan kukuh yang sedia ada dengan SACOFA bagi memangkink­an lagi potensi sambungan di Sarawak sekali gus menyokong inisiatif Ekonomi Digital Sarawak.

“Pengalaman telekomuni­kasi DST yang meluas bersama rakan berpengala­man, MyRepublic dan SACOFA dalam menyediaka­n infrastruk­tur ICT adalah satu perikatan yang baik untuk merealisas­ikan perkhidmat­an jalur lebar berkualiti tinggi dan berpatutan di Sarawak,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap dapat bekerjasam­a dalam membangunk­an tahap prospek menarik ini sejajar dengan pelan pengembang­an DST.

 ??  ?? KERJASAMA: Zaid (dua kanan) bertukar dokumen MoU dengan Suhaimi (dua kiri) sambil disaksi Abang Bahrin (kanan) dan Sufri.
KERJASAMA: Zaid (dua kanan) bertukar dokumen MoU dengan Suhaimi (dua kiri) sambil disaksi Abang Bahrin (kanan) dan Sufri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia