Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah kerajaan negeri menaikkan gaji, elaun ketua masyarakat wajar

-

SIBU: Langkah kerajaan negeri menaikkan gaji serta elaun ketua-ketua masyarakat dan kaum adalah wajar.

Pemanca Daerah Sibu, Pemanca James Semilan berkata ini memandangk­an kenaikan itu sememangny­a amat dinanti-nantikan.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menaikkan gaji serta elaun untuk ketua-ketua masyarakat dan kaum di negeri ini.

“Dengan kenaikan sebanyak RM100 sebulan itu, sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n kos sara hidup ketua-ketua kaum,” katanya di sini semalam.

Menurut James, tugas dan tanggungja­wab ketuaketua masyarakat dan kaum mempunyai skop lebih luas.

“Jika dahulu, tugas mereka hanya melibatkan penduduk di rumah panjang masing-masing namun kini mereka memainkan peranan lebih luas.

“Hari ini, ketua-ketua kaum perlu menghadiri seminar dan kursus dianjurkan kerajaan, membantu penduduk dalam hal-hal berkaitan di pejabat dan sebagainya.

“Ini memerlukan mereka turun ke bandar dua atau tiga kali seminggu. Kenaikan RM100 sebulan itu jika dilihat secara meluas adalah tidak memadai dengan beban tugas,” jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Timbalan ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kenaikan RM100 itu sebagai menghargai sumbangan ketuaketua masyarakat dan kaum di negeri ini.

Ini bermakna gaji temenggung, pemanca dan penghulu meningkat sebanyak RM100, manakala elaun ketua- ketua kaum meningkat daripada RM800 kepada RM900 mulai tahun hadapan.

James berkata, umum sedia maklum kos sara hidup semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi tidak menentu.

“Kita amat mengalu-alukan kenaikan gaji dan elaun ini walaupun tidak banyak dan setidak-tidaknya memberi manfaat kepada kita,” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia