Utusan Borneo (Sarawak)

Kebolehpas­aran graduan Politeknik Kuching antara tertinggi di Malaysia

-

KUCHING: Tahap kebolehpas­aran graduan lulusan Politeknik Kuching antara yang tertinggi iaitu 97.22 peratus berbanding politeknik-politeknik lain di seluruh negara.

Pengarah Politeknik Kuching Kamaludin Daud berkata, purata kebolehpas­aran kebangsaan bagi graduan Politeknik di seluruh negara adalah 85 peratus.

Namun, katanya, Politeknik Kuching berjaya menjangkau­i sasaran tersebut dengan 97.22 peratus daripada graduannya berjaya memperoleh­i pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.

“Antara pendorong kepada kebolehpas­aran ini ialah kita di Politeknik Kuching mempunyai hubungan yang erat dengan pemain industri.

“Pada saya, ini merupakan penyumbang terbesar yang mana pihak industri kenal pelajar kita dan tahu kemampuan pelajar kita.

“Ini memberi kelebihan kepada pelajar dalam men- cari pekerjaan selepas menamatkan pengajian di Politeknik Kuching ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penutupan Minggu Suai Kenal (MSK) Sesi Disember 2017 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching dekat sini semalam.

Bercakap mengenai MSK tersebut, Kamaludin berkata ia melibatkan seramai 494 pelajar baharu bagi kemasukan sesi Disember 2017.

Bilangan pelajar bagi kemasukan sesi Disember ini, katanya, masih tidak mencukupi berbanding sasaran 1,080 kemasukan pelajar bagi setiap sesi.

Sehubungan itu, Politeknik Kuching katanya akan mempergiat­kan pencarian pelajar ke kampus ini bagi memenuhi sasaran pengambila­n sehingga 15 Disember ini.

Keseluruha­n pelajar di Politeknik Kuching pada masa ini adalah seramai 5,018 orang melibatkan 14 jurusan diploma dan dua pradiploma sains dan perdaganga­n.

 ??  ?? USAHA: Kamaludin merakamkan gambar bersama dengan pelajar baharu bagi kemasukan sesi Disember 2017 serta kakitangan akademik dan sokongan Politeknik Kuching.
USAHA: Kamaludin merakamkan gambar bersama dengan pelajar baharu bagi kemasukan sesi Disember 2017 serta kakitangan akademik dan sokongan Politeknik Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia