Utusan Borneo (Sarawak)

IPG Miri dan Rajang diubah fungsi jadi pusat pengajian Politeknik Miri, Rajang

-

KUCHING: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Miri dan Kampus Rajang bakal diubah fungsi menjadi pusat pengajian bagi Politeknik Miri dan Politeknik Rajang.

Pengarah Politeknik Kuching Kamaludin Daud berkata, cadangan mengubah fungsi kedua-dua IPG ini sebagai Politeknik telah diluluskan oleh para jemaah menteri.

Susulan itu, katanya, IPG Miri akan memulakan pengambila­n pelajar yang pertama untuk sesi Jun 2018 melibatkan seramai 40 pelajar bagi jurusan Diploma Kejurutera­an Mekanikal.

“Untuk peringkat awal pengambila­n itu nanti, semua 40 pelajar ini akan ditem- patkan sementara di Politeknik Kuching.

“Manakala bagi IPG Rajang yang diubah fungsi sebagai Politeknik Rajang, masih belum jelas lagi bila akan memulakan pengambila­n sama ada Jun atau Disember 2018.

“Ini kerana ada cadangan daripada kerajaan negeri bahawa IPG Rajang akan dijadikan sebagai pusat bagi pengajian Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penutupan Minggu Suai Kenal (MSK) Sesi Disember 2017 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching di sini, semalam.

Terdahulu Kamaludin ber- kata kapasiti pengambila­n bagi Politeknik Kuching adalah seramai 3,200 pelajar tetapi jumlah pelajar pada masa sekarang adalah seramai 5,018 orang melebihi kapasiti sebenar.

Justeru, terdapat kekangan untuk pihak politeknik menambah jurusan pengajian baharu di kampus ini.

Bagaimanap­un, menurut Kamaludin, pihak Politeknik Kuching telah mengemukak­an cadangan untuk menambah kursus Diploma Kejurutera­an Kimia di bawah Jabatan Petrokimia.

“Jika cadangan ini diluluskan maka program ini akan menjadi program yang ke-15 ditawarkan di Politeknik Kuching,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia