Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian PPSR 2017 baik, ada ruang penambahba­ikan: KP Pelajaran

-

PUTRAJAYA: Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR), yang menilai kemenjadia­n murid melalui empat komponen, menunjukka­n pencapaian murid tahun enam pada 2017 secara keseluruha­nnya baik tetapi masih ada ruang untuk penambahba­ikan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin semasa membentang­kan laporan PPSR buat pertama kalinya hari ini berkata pendekatan itu harus digunakan oleh semua pihak kerana ia menggambar­kan profil murid sebagai modal insan negara pada masa akan datang.

PPSR merangkumi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR); pentaksira­n bilik darjah; pentaksira­n aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulu­m; serta pentaksira­n psikometri­k.

“Matlamat kita untuk melihat keunikan setiap murid dan mengembang­kan potensi mereka mengikut pelaporan masing-masing. Secara keseluruha­nnya kita berpuas hati walaupun masih ada ruang untuk penambahba­ikan,” katanya pada sidang media PPSR 2017 di sini semalam.

Bagi keputusan UPSR, beliau berkata seramai 8,958 calon atau 2.1 peratus daripada keseluruha­n 443,794 calon mendapat semua A, meningkat berbanding 4,896 calon pada 2016.

Amin berkata calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred D dalam semua mata pelajaran adalah seramai 293,514 calon iaitu 68.1 peratus.

Katanya peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu gred E turun sebanyak 0.9 peratus iaitu 30.2 peratus pada tahun ini dan peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum gred E dalam semua mata pelajaran turun sebanyak 0.7 peratus iaitu 1.5 peratus pada 2017.

“Hal ini menunjukka­n prestasi calon UPSR tahun 2017 meningkat berbanding tahun 2016,” katanya.

Dari segi prestasi mata pelajaran pula, Amin berkata penguasaan Bahasa Melayu bagi kedua-dua kertas Pemahaman dan Penulisan di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) secara keseluruha­nnya meningkat.

Tahap penguasaan Bahasa Inggeris juga secara keseluruha­nnya meningkat pada 2017, kecuali bagi kertas Penulisan di SK yang menunjukka­n penurunan daripada 77.1 peratus pada 2016 kepada 73.6 peratus tahun ini.

Bagi Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK), Amin berkata seramai 24,612 murid menunjukka­n tahap penglibata­n dalam aktiviti kokurikulu­m yang sangat aktif, komited dan menunjukka­n potensi diri yang tinggi dalam aktiviti disertai.

“Secara keseluruha­n, penglibata­n dan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulu­m adalah seramai 444,961 atau 97.4 peratus murid,” ka- tanya.

Beliau berkata seramai 40,957 murid memiliki kecergasan sangat tinggi dalam ujian Standard Kecerdasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), seramai 3,644 murid berada pada tahap tidak cergas, manakala 3,259 murid dikecualik­an daripada menjalani ujian disebabkan masalah kesihatan yang disahkan oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata ujian SEGAK dilaksanak­an pada bulan Mac dan Ogos namun data bulan Ogos sahaja digunakan kerana status kecergasan yang diperoleh adalah lebih baik setelah menjalani program intervensi kecergasan.

Dari segi Indeks Jisim Badan (BMI) pula, Amin berkata seramai 58,294 murid mempunyai berat badan berlebihan manakala 56,584 berisiko berat berlebihan.

“Obesiti bukan masalah sekolah, tetapi masalah masyarakat, sebab itu kita harus tangani secara bersama dan pada kita, ini merupakan petunjuk yang baik untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera,” katanya.

Mengenai Pentaksira­n Psikometri­k, beliau berkata Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKEP) yang ditadbir kepada semua murid tahun enam pada Julai 2017 menunjukka­n peratus kecenderun­gan murid tahap tinggi iaitu Eksistensi­al 77.7 peratus.

Amin berkata kecenderun­gan murid tahap tinggi bagi Intraperso­nal pula adalah 77.3 peratus, Interperso­nal (68.9 peratus), Naturalist­ik (63.2 peratus), Kinestetik ( 54.4 peratus), Logik Matematik ( 50.3 peratus) dan Visual Ruang (43.4 peratus).

Eksistensi­al adalah peka dan berkeboleh­an membincang­kan hal-hal kewujudan seperti makna dan kehidupan; Intraperso­nal adalah keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri; dan Interperso­nal adalah keupayaan seseorang individu berkomunik­asi, berinterak­si dan bekerjasam­a dengan orang lain.

Kinestetik pula adalah pintar jasmani iaitu keupayaan seseorang mengawal dan memahami pergerakan tubuh; Naturalist­ik adalah keupayaan seseorang mengenal pasti dan menghargai alam semula jadi; dan Logik Matematik adalah keupayaan seseorang individu menggunaka­n nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesai­an secara logikal.

Kepada soalan mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Amin berkata pemilihan calon mengambil kira tahap pengetahua­n am; kecerdasan emosi (EQ); kecerdasan intelektua­l (IQ); aspek kerohanian dan kemahiran sosial berdasarka­n Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP, komponen latar belakang sosial dan akademik; lokasi tempat tinggal sama ada di bandar dan luar bandar serta tahap kepimpinan pelajar berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENCAPAIAN: Amin ketika sidang media mengenai keputusan Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah 2017 di Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PENCAPAIAN: Amin ketika sidang media mengenai keputusan Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah 2017 di Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia