Utusan Borneo (Sarawak)

Barca sahkan kemaraan ke pusingan kedua

-

TURIN, Itali: Lionel Messi bermula di bangku simpanan tetapi kelabnya, Barcelona, mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Liga JuaraJuara dan juga menduduki tangga teratas Kumpulan D selepas seri tanpa jaringan dengan Juventus di sini Rabu lepas.

Juventus, finalis musim lepas, kekal di tangga kedua, satu mata di hadapan Sporting Lisbon dan boleh turut mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua jika menewaskan Olympiakos pada perlawanan terakhir 5 Disember depan.

Barca, juara lima kali kejohanan, memulakan perlawanan dengan hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan saingan pusingan pertama untuk menduduki tangga teratas Kumpulan D sementara Juventus perlu mengelak kekalahan dan mengharapk­an Sporting gagal menewaskan Olympiakos di Lisbon untuk meneruskan kemaraan.

T e t a p i S p o r t i n g menewaskan Olympiakos 3- 1 dan ini menyebabka­n Juventus perlu menewaskan Olympiakos untuk menjamin tempat ke pusingan kedua.

Messi bermula di bangku simpanan dengan jurulatih Barca, Ernesto Valverde memilih untuk merehatkan beliau menjelang perlawanan penting dua pasukan teratas La Liga Sepanyol menentang Valencia hujung minggu ini.

“Ada ketika apabila walaupun beliau memiliki kehebatan luar biasa, beliau juga memerlukan rehat,” kata Valverde.

Messi hanya dimasukkan pada minit ke-56 tetapi gagal mengulangi dua gol ketika menewaskan Juventus 3-0 di Nou Camp pada perlawanan bulan September lalu.

“Leo sudah bermain dengan kerap sejak awal musim. Seperti pemain lain, beliau agak keletihan,” kata Valverde.

“Kami fikir permainan lebih terbuka dalam separuh masa kedua dan ia pastinya berguna untuk beliau berehat sedikit. Sentiasa ada risiko tidak menurunkan­nya tetapi saya anggap ia keputusan yang wajar.”

Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri, mengakui beliau terpaksa mengubah corak permainan selepas tidak melihat nama Messi dalam kesebelasa­n utama.

“Ia kali pertama dalam 13 perlawanan menentang Barcelona di mana Messi tidak bermain (kesebelasa­n utama) tetapi apabila beliau dimasukkan, pemain tetap mengawal beliau. Bagi kami, ia faktor penting.”

Allegri menurunkan semula dua pemain veteran, penjaga gol Gianluigi Buffon dan Andrea Barzagli, yang direhatkan ketika tewas 2-3 di Sampdoria dalam aksi Serie A Itali.

Pada separuh masa pertama yang hambar, Douglas Costa menguji penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen dua seawal minit kedua di Stadium Allianz.

Seorang lagi penyerang Juventus, Paulo Dybala juga mempunyai peluang pada minit ke-18 tetapi bola sempat ditendang keluar ter Stegen.

Ivan Rakitic mempunyai peluang terbaik buat Barca pada minit ke-22 tetapi tendangan percuma beliau terkena palang gol.

Selepas rehat, satu tendangan percuma Luis Suarez ditepis ke palang gol untuk Barca sebelum Messi dimasukkan menggantik­an Gerard Deulofeu tetapi peluang pertama Messi juga melambung tinggi dari satu tendangan percuma.

“Kami datang ke stadium sukar menentang lawan yang cukup kuat di gelanggang sendiri,” kata Valverde.

“Kami boleh melakukan beberapa pertukaran tetapi ia bukan mudah untuk menamatkan saingan di tangga teratas dalam kumpulan sukar ini.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia