Utusan Borneo (Sarawak)

PSG di landasan akhiri pusingan pertama dengan mata maksimum

-

PARIS, Perancis: Neymar kembali bersemanga­t apabila menjaringk­an dua gol untuk memastikan Paris Saint Germain (PSG) bangkit dari ketinggala­n sebelum membelasah Celtic 7-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Moussa Dembele mengejutka­n PSG apabila membuka jaringan buat Celtic seawal minit pertama pada perlawanan di Parc des Princes tetapi dua gol Neymar tidak lama selepas itu mengubah nasib Celtic dan Edinson Cavani dan Kylian Mbappe juga menjaringk­an gol sebelum rehat.

Marco Verratti menjadikan kedudukan 5-0 ketika berbaki lima belas minit permainan sebelum Cavani menjaringk­an gol kedua peribadi, dengan Dani Alves melengkapk­an jaringan untuk kemenangan terbesar PSG dalam pertanding­an ini.

Walaupun sudah layak ke pusingan kedua sebelum perlawanan, mereka mahu mengesahka­n kedudukan selaku juara Kumpulan B di hadapan Bayern Munich apabila bertandang ke Jerman untuk perlawanan terakhir bulan hadapan.

Bayern menang 2- 1 di Anderlecht pada perlawanan lain dengan PSG kekal di landasan menamatkan pusingan pertama dengan mata maksima.

“Beliau (Neymar) cukup luar biasa. Beliau mahu bermain dalam setiap perlawanan. Apabila beliau berada dalam padang, beliau berasa gembira dan mahu rakanrakan­nya juga gembira,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

Celtic, yang sudah tersingkir dari saingan, akan berharap sekurang-kurangnya layak ke Liga Europa dengan syarat mengelak kekalahan teruk kepada Anderlecht pada perlawanan terakhir.

“Ada pengajaran untuk kami. Kami boleh mengawal bola dengan lebih baik dan yang kedua, kami perlu ber- tahan dengan baik tetapi anda harus mengagumi kualiti pemain PSG,” akui pengurus Celtic, Brendan Rodgers.

Mereka mengalami kekalahan terburuk di tempat sendiri dalam pertanding­an Eropah apabila tewas 0- 5 kepada PSG pada perlawanan bulan September. Mereka juga hanya mencipta dua kemenangan dari 29 perlawanan di gelanggang lawan pada pusingan pertama kejohanan tetapi mencipta kejutan awal apabila membuka jaringan seawal 58 saat selepas sepak mula perlawanan.

Alves memberikan satu tendangan sudut kepada Celtic, yang melakukann­ya dengan segera apabila tendangan Olivier Ntcham disempurna­kan oleh Dembele.

Ia menamatkan impian PSG untuk menjadi pasukan pertama menamatkan pusingan pertama kejohanan tanpa bolos tetapi gol itu seperti mengejutka­n harimau yang sedang tidur.

Prestasi Neymar menu- run sejak beberapa minggu tetapi beliau bangkit dengan bergaya Rabu lepas apabila mengikat kedudukan pada minit kesembilan sebelum meletakkan PSG di hadapan buat kali pertama pada pertengaha­n separuh masa pertama untuk gol keenam dari lima perlawanan Liga Juara-Juara musim ini dan juga yang ketujuh ketika menentang Celtic.

Neymar mengumpan gol ketika yang disempurna­kan Cavani sebelum gol keempat disempurna­kan Mbappe dari tendangan percuma Neymar.

Selepas rehat, PSG menambah dua lagi gol menerusi gol Verratti dan gol kedua Cavani. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CETUS INSPIRASI: Neymar (kanan) melepaskan rembatan melepasi pemain pertahanan Celtic untuk menjaringk­an gol penyamaan pada aksi di Parc des Princes, Paris pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters CETUS INSPIRASI: Neymar (kanan) melepaskan rembatan melepasi pemain pertahanan Celtic untuk menjaringk­an gol penyamaan pada aksi di Parc des Princes, Paris pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia