Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan hambar, Lille umum gantung khidmat Bielsa

-

LILLE, Perancis: Jurulatih Lille, Marcelo Bielsa, digantung oleh kelab ekoran permulaan buruk dalam Ligue 1 Perancis musim ini, menurut pengumuman kelab Rabu lepas.

Lille berada di tangga kedua dari bawah liga selepas hanya tiga kemenangan dari 13 perlawanan di bawah bimbingan Bielsa, dengan jurulatih berusia 62 tahun itu “digantung sementara sebagai jurulatih” sementara menunggu pengumuman lanjut, menurut satu kenyataan dalam laman sesawang rasmi Lille.

Bielsa dijadual mengadakan sidang media menjelang perlawanan liga menentang Montpellie­r tetapi tiada pengesahan dari kelab sama ada ia akan diteruskan.

Menurut akhbar sukan harian Perancis, L’Equipe, pegawai kelab bertemu di London Rabu lepas dan mencapai satu persetujua­n untuk melepaskan Bielsa.

Tetapi laporan di Amerika Selatan mendakwa Bielsa telah berlepas ke Chile untuk berada bersamasam­a bekas penolongny­a, Luis Maria Bonini yang sedang tenat kerana penyakit barah, menyebabka­n penggantun­gannya.

Bielsa kembali ke Perancis pada musim panas lalu untuk penggal kedua dalam Ligue 1 selepas pernah membimbing Marseille di antara 2014 dan 2015 tetapi gagal mengulangi pencapaian di Lille walaupun kelab melabur 60 juta euro dalam pasaran perpindaha­n pemain.

Lille kelihatan menamatkan nasib buruk mereka dengan dua kemenangan berturuttu­rut ke atas Metz dan Saint Etienne tetapi kekalahan teruk 0-3 kepada pendatang baharu liga, Amiens Isnin lepas menyebabka­n mereka kembali ke zon penyingkir­an.

Lille melantik Bielsa untuk mengetuai projek besar di bawah pemilik baharu kelab, Gerard Lopez tetapi kekalahan terbaharu mereka menyebabka­n juara 2011 itu ke tangga ke-19 dengan hanya 12 m a t a dari 13 perlawanan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia