Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Green Road maju setapak ke depan dalam sukan sofbol

-

KUCHING: Sukan sofbol SMK Green Road melangkah setapak ke depan dengan menceburi program sains sukan yang diperkenal­kan oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak.

Program Analisis Prestasi Sofbol menganalis­a prestasi sukan itu di sekolah tersebut melalui rakaman video dan membekalka­n pemain dengan aspek teknikal sains sukan meningkatk­an prestasi mereka.

Ketua Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi ( pusat ujian), Asmalini Che Abu Shafie menekankan bidang sains sukan amat penting bagi melahirkan atlet- atlet berjaya dalam era moden.

“Melalui sains sukan, prestasi atlet- atlet boleh dikembangk­an ke tahap maksimum dan ramai atlet kebangsaan merupakan produk insititut pengajian tinggi awam dan swasta seperti UiTM,” katanya.

Menurut beliau, SMK Green Road dipilih sebagai model program tersebut kerana rekod cemerlang mereka di mana guru- guru sekolah tersebut berjaya mengurus dan melatih pemain- pemain menjuarai Pertanding­an Sofbol MSSM Kuching sebanyak tiga kali iaitu pada 2012, 2014 dan 2015 meskipun baharu menyertai pertanding­an itu pada 2011.

“Dengan bantuan teknikal seperti penggunaan sains sukan dalam sistem latihan, prestasi atlet akan bertambah baik,” ujarnya.

Asmalini bersama Pensyarah Cyndra Robert Budull dan tiga penuntut dari fakulti tersebut terlibat dalam memulakan program itu di sekolah tersebut pada Jumaat lalu.

Pengetua SMK Green Road, Abang Othman Abang Masagus memuji UiTM atas kerjasama dan bantuan jangka panjang ditawarkan universiti itu.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n ke atas UiTM Sarawak terutamany­a Rektor Profesor Datuk Dr Jamil Hamali dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi kerana memilih SMK Green Road terlibat dalam program itu.

Sementara itu, guru yang mengendali­kan sofbol SMK Green Road, Juraimie Junaidi turut berterima kasih kepada UiTM kerana mengiktira­fkan prestasi sekolah itu merupakan usaha bersama pelajar dan guru-guru penasihat seperti Muhd Sophian Mohd Alli dan Mohd Rosdi Zakaria.

“Semua pengiktira­fan, kerjasama dan sokongan diterima amat bermakna bagi kita dalam usaha membawa sukan ini ke tahap lebih tinggi,” kata Juraimie.

 ??  ?? TAHNIAH: Asmalini (kiri) menerima momento daripada Othman pada program tersebut.
TAHNIAH: Asmalini (kiri) menerima momento daripada Othman pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia